Follow:
Anak-anak

Normalkah Najis Bayi Anda? Jom Kenali Najis Bayi Anda.

Assalamualaikum

Pernah sekali Ros bawa Luqman pergi check up di Klinik Kesihatan, Ros pakaikan Luqman romper supaya senang nak buka baju untuk timbang berat. Tengah pangku Luqman, alamak bocor pulak pampers Luqman. Habis kotor seluar Ros dengan najis bewarna kuning. Silap pula tak pakaikan seluar ala-ala legging tu. Rupanya, bayi yang menyusu susu ibu, najisnya memang begitu- agak cair.

Ingin tahu adakah najis bayi anda normal?

kenali najis bayi

Jom kenali najis bayi anda supaya anda tahu apa patut anda buat jika ianya tidak normal.

1. Mekonium

Selepas kelahiran, najis bayi bewarna hitam kehijauan. Ia dikenali sebagai mekonium. Mekonium mengandungi air ketuban, mukus, sel kulit dan beberapa bahan lagi yang ada dalam rahim ibu.

Najis jenis ini adalah normal di awal kelahiran mereka. Mekonium perlu dikeluarkan dalam tempoh 24 jam selepas kelahiran.

Bayi yang meyusu ibu sepenuhnya akan membuang air besar dengan lebih kerap iaitu sehingga 7 kali sehari. Walaupun najis hanya sedikit, anda perlu menukar lampin kerana jika dibiarkan terlalu lama, najis akan menjadi sukar untuk ditanggalkan.

2. Najis berwarna kuning

Beberapa hari selepas kelahiran, najis bayi akan bertukar ke warna kuning. Najis ini adalah normal bagi anak yang menyusu susu ibu sepenuhnya. Ia lembik dan agak cair. Terdapat juga ketulan kecil seperti lemak.

3. Najis berwarna hijau

Najis jenis ini masih normal. Tetapi jika berterusan, besar kemungkinan bayi hanya mendapat foremilk iaitu susu hadapan. Apa yang perlu anda lakukan adalah, susukan bayi di sebelah payudara sehingga kosong supaya bayi mendapat hindmilk iaitu susu di belakang payudara. Hindmilk akan membuat bayi lebih kenyang kerana mengandung banyak lemak. Ini akan menjadikan najis bayi berwarna kuning.

4. Najis berwarna merah

Punca najis berwarna merah adalah terdapat titisan darah yang datang samada dari ibu atau dari bayi. Najis akan berwarna merah selama dua hari. Jika bayi diberikan susu formula, kemungkinan bayi anda alergi kepada susu formula. Eloklah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

5. Najis berwarna kelabu

Najis jenis ini adalah tidak normal. Dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera. Besar kemungkinan terdapat gangguan pada hati, hempedu dan usus bayi.

Usah ambil remeh bab najis bayi ini. Sama-sama kita menjadi ibu bapa prihatin. Semoga bermanfaat.

Ros Ahmad

019-367 3245

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

6 Comments

  • Reply Ibu Zarith

    Kita ibu ibu ni memang particular bab najis anak kan. anak sembelit risau, anak cirit pon risau hehe
    Ibu Zarith recently posted… Tips Menyimpan Susu Perahan Ibu Yang Paling IdealMy Profile

    20 March 2015 at 2:59 am
  • Reply norhidayah binti zakaria

    najis anak saya berwarna hitam bila minum susu formula (pediasure).. adakah dia patut berhenti minum susu formula sekarang atau tukar kepada susu yang lain

    24 March 2015 at 8:14 am
    • Reply Ros

      anak Puan Hidayah berapa bulan? Eloklah dapatkan nasihat doktor. Boleh jadi kurang sesuai dengan susu formula sekarang.

      24 March 2015 at 9:06 am
  • Reply yaya

    apa punca najis bayi berwarna hitam/ kelabu

    24 March 2015 at 8:16 am
  • Reply Hanafi

    memang biasa jumpa anak bayi berwarna kuning..sebab dah ada 3 anak ..

    dan peluang untuk mengasuh mereka sejak dari lahir jarang dilepaskan
    Hanafi recently posted… Kupasan Ringkas Buku Rahsia KerjayaMy Profile

    20 April 2016 at 6:12 am
    • Reply Ros

      Sekejap je mereka dah besar. Rugi kalau tak hargai masa kecil mereka ni.

      6 May 2016 at 7:33 am

    Leave a Reply

    CommentLuv badge