Assalamualaikum
Ros pasti anda tahu susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi baru lahir. Kalau anda sedang mengandung sekarang, pasang niat untuk menyusukan bayi bila dia lahir kelak. Ros beruntung kerana sempat mencari ilmu penyusuan sebelum anak pertama lahir. Alhamdulillah. Kelengkapan menyusu bayi Ros dah sediakan sebelum anak pertama lahir. Set Bersalin pula tak sempat nak sediakan sebelum bersalin. Sebenarnya kedua-duanya penting. Set bersalin untuk memulihkan semula dalaman ibu baru bersalin. Susu ibu pula untuk melindungi bayi kerana mengandungi antibodi yang membantu melawan penyakit seperti selesema, batuk, jangkitan telinga dan kuman di dalam perut.
<< Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Selepas Bersalin >>
Jom tengok kelengkapan menyusu bayi
Kelengkapan Menyusu Bayi
- Pam payudara
- Botol
- Bekas penyimpanan susu ibu
- Pek ais
- Beg pendingin
- Peti sejuk
- Steril botol
- Pemanas susu ibu
- Ponco
- Nursing bra
- Baju menyusu
- Nursing pad
- Milkbooster
- Berus botol
- Cecair pencuci botol
- Bantal menyusu
Ros ada beberapa pam. Sebelum balik Malaysia for good, Ros beli single pam (manual/elektrik) di ebay. Waktu dalam pantang Ros guna manual. Memang best, banyak susu dapat diperah. Masuk kerja Ros guna elektrik. Oleh sebab, pam tu jenis single pam, Ros ambil masa banyak untuk keluar mengepam. Ros pun invest untuk double pam. Ros cadangkan kalau anda ada budget lebih, dapatkan pam yang handfree dan guna rechargeable batteri. Jadi kalau anda tak jumpa soket, anda masih boleh mengepam. Pam kedua Ros jenis elektrik. Bila tak jumpa soket, seksanya. Terpaksa perah pakai tangan.
Daripada senarai di atas, yang Ros tak beli, bantal menyusu. Tapi ada juga yang sarankan beli terutamanya ibu yang bersalin secara c-zer. Ia boleh mengelakkan kesakitan dan tekanan di tempat jahitan. Anda pun lebih tenang nak menyusukan nanti. Kalau stress, susu pun tak nak keluar nanti.
Pesan Ros selepas bayi lahir nanti, minta doktor letakkan bayi anda di atas dada. Kenapa? Baca entry Ros mengenai kepentingan sejam pertama selepes kelahiran.
Happy breastfeeding mommies! 🙂