Follow:
Bisnes

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee Bagi Yang Nak Makan Sendiri

Assalamualaikum

Pertama kali Ros mencuba produk Shaklee iaitu Set Menyusu, Ros masih belum jadi ahli. Kali kedua beli pun, belum jadi ahli lagi. Akhirnya, kali ketiga beli baru Ros jadi ahli. Rupa-rupanya.. jadi ahli lebih menguntungkan bila kita kerap beli dan gunakan produk Shaklee. Bila jadi ahli, tak semestinya kena buat bisnes Shaklee. Banyak kebaikan yang akan kita dapat walaupun kita hanya nak makan sendiri. Antaranya:

Kelebihan Jadi Ahli Shaklee

 

1. Yuran keahlian seumur hidup

Yuran keahlian Shaklee amat berbaloi. Hanya RM 69 seumur hidup. Anda tidak perlu memperbaharui keahlian anda setiap tahun. Anda juga tidak perlu maintain point untuk kekal menjadi ahli.

 

2. Harga ahli 15-20% lebih rendah

Selepas menjadi ahli, anda akan menikmati harga ahli 15-20% lebih rendah berbanding harga jualan. Kalau anda ingin dapatkan Set Berpantang, elok sangat lah anda terus menjadi ahli. Besar kemungkinan anda terus mengunakan produk Shaklee untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Shaklee turut mempunyai Set Menyusu untuk membantu ibu-ibu menyusukan anak dengan susu ibu.

 

3. Reward bulanan dari Shaklee

Tiap-tiap Shaklee akan memberi ganjaran kepada ahlinya. Jika sebelum ini, ada promosi BUY 6 FREE 1 dan juga BUY 3 FREE 1, bulan ini Shaklee memberi supplement percuma kepada ahlinya yang ada peningkatan dalam pembelian produk Shaklee berbanding bulan sebelumnya. Reward mungkin tak sama dengan bulan yang akan datang. Tetapi yang pastinya, Shaklee amat menghargai ahlinya.

 

4. Ganjaran tunai

Setiap produk Shaklee ada point-point tertentu yang dipanggil UV. Jika anda membuat pembelian sehingga 150 UV atau lebih, pada pertengahan bulan berikutnya anda akan mendapat ganjaran tunai yang terus dimasukkan ke dalam akaun bank anda. Lagi banyak anda membeli, lagi banyak point anda dapat, lagi banyak ganjaran tunai akan anda perolehi.

Selepas menjadi pengguna tegar produk Shaklee, anda pasti akan berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan ahli keluarga, kawan-kawan dan juga rakan sepejabat. Jika mereka ingin sama menggunakan Shaklee, untunglah anda.

 

5. Peluang untuk jana pendapatan tambahan

Peluang untuk menjana pendapatan tambahan terbuka selepas anda menjadi ahli. Pada awalnya mungkin anda tidak mahu berbisnes. Tetapi selepas beberapa ketika, bila anda dah rasa sendiri kebaikan Shaklee dan mula berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan orang lain, ramai pula yang mahukan produk Shaklee dari anda. Terpaksalah anda tolong belikan untuk mereka dengan menggunakan ID anda. Begitulah perjalanan bisnes Ros bermula. Dari guna sendiri, akhirnya terbisnes. 🙂

 

Dalam bisnes Shaklee, kalau anda usaha lebih, anda akan dapat lebih. Begitulah sebaliknya. Ingin tahu lebih lanjut bagaimana Ros berbisnes walaupun masih bekerja? Whatsapp Ros di 019- 367 3245. Ros akan cerita bagaimana nak bahagikan masa antara keluarga, bisnes dan kerjaya. Asalkan anda komited, disiplin dan sanggup bersusah-payah sekarang, anda juga pasti boleh jana income tambahan secara online.

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

1 Comment

  • Reply Ibu Zarith

    Memang best jadi ahli Shaklee ni, macam-macam tawaran kan.. suka3 =D
    Ibu Zarith recently posted… 10 Rawatan Semulajadi Ovarian Cyst Yang Perlu Wanita TahuMy Profile

    14 August 2015 at 3:32 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge