Follow:
Berpantang, Tips

Kebaikan Mandi Daun Selepas Bersalin Untuk Segarkan Diri

Assalamualaikum

Salah satu amalan yang dilakukan oleh ibu-ibu selepas bersalin adalah mandi daun. Ros pun akan mandi daun selama 3 hari berturut-turut. Kebiasaanya Ros mandi daun selepas berurut. Memang best rasanya selepas mandi daun. Ros akan senaraikan kebaikan mandi daun selepas bersalin di bawah.

 

Kebaikan Mandi Daun:

  • menyegarkan badan ibu baru bersalin
  • umpama aroma terapi kerana baunya yang segar
  • menenangkan perasaan ibu baru bersalin
  • memulihkan tenaga
  • membuang angin dalam badan
  • menghilangkan bau badan
  • melancarkan peredaran darah dalam badan

 

Biasanya selepas Ros bersalin, mak Ros akan mula mencari daun-daun herba di sekitar rumah dan juga kampung. Kalau tak jumpa, mak Ros akan cari di rumah tok Ros. Daun-daun tersebut akan dibasuh dan direbus dalam periuk besar sehingga lembut. Anda boleh rujuk cara mandi semasa berpantang ni.

 

Khasiat Daun Yang Digunakan Dalam Mandi Daun:

 

1. Daun limau purut

merangsang perjalanan darah

 

2. Daun senduduk

mengembalikan kecergasan badan

 

3. Daun kunyit

bertindak sebagai antiseptik semulajadi

 

4. Daun lengkuas

memanaskan badan dan melancarkan peredaran darah

 

5. Daun inai

membantu menyembuhkan luka

 

6. Serai Wangi

melegakan sakit kepala dan lenguh-lenguh badan

 

7. Daun pandan

berbau harum dan menenangkan ibu baru bersalin

 

8. Daun halia

mengbuang angin dan menghilangkan bau darah

 

9. Pucuk jambu batu

merawat luka

 

10. Daun Sirih

bertindak sebagai antiseptik

 

Tahukah anda, kesan jika kita tidak berpantang betul-betul selama 44 hari bukan nampak sekarang. Tetapi di masa akan datang. Selepas beberapa tahun nanti, kita mungkin mengalami lenguh-lenguh badan, sakit sendi dan urat. Umur masih muda tetapi sudah sakit pinggang macam orang tua. Kebas-kebas tangan mula terasa padahal anak masih kecil. Lagi teruk, boleh menyebabkan lemah tenaga batin dan dingin. Anda nak ke macam tu? Sudah pasti, jawapan anda ‘tidak’.

 

Oleh itu, berpantanglah betul-betul. Kalau belum ada Set Berpantang, anda boleh baca pengalaman Ros berpantang ketika kali kedua. Kot-kot anda nak cuba Set Berpantang yang sama. Semoga anda sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. 🙂

Ros Ahmad

019- 367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge