Assalamualaikum
Mungkin ada ibu yang sedang mengandung sekarang tertanya-tanya bagaimana keadaan ibu selepas bersalin. Dengan mengetahui perkara yang bakal disebutkan di bawah, anda boleh mengagak bagaimana keadaan anda selepas bersalin kelak.
Beberapa minit selepas bersalin
-
Emosi
Sudah tentu anda akan rasa bersyukur dan gembira kerana telah selamat melahirkan bayi yang dikandung selama 9 bulan lebih.
Selepas bersalinkan Luqman dahulu, nurse akan tunjukkan baby kepada Ros dan tanya Ros jantina anak. Mungkin nak tahu samada Ros sedar atau tidak.
-
Rasa sakit
Iby yang baru bersalin akan berasa sakit di bahagian bawah. Kalau anda diberi epidural, anda akan berasa sakit selepas lebih kurang 2 jam. Kesakitan akan dirasai oleh ibu baru bersalin kerana rahim mula mengecut dan mengalami kontraksi untuk kembali ke saiz asal.
Pengalaman Ros tidak dijahit semasa bersalinkan Maryam dahulu, Ros tetap berasa sakit kerana lebam semasa proses meneran.
-
Pengeluaran Uri
Doktor akan memeriksa samada uri sudah dikeluarkan sepenuhnya dengan meletakkan tangan di atas perut.
Beberapa jam selepas bersalin
-
Sejam pertama
Anda perlu cuba susukan bayi dalam tempoh sejam pertama selepas kelahiran. Susukan bayi dengan kerap walaupun susu yang keluar sangat sedikit. Sebenarnya susu tersebut atau dikenali sebagai kolostrum cukup untuk bayi kerana ianya likat dan pekat serta kaya dengan antibodi. Saiz perut bayi hanya sebesar buah ceri semasa lahir.
-
Alas perut
Selepas bersalin, anda akan berasa sangat lapar. Pastikan anda ada pack biskut atau 3in1 milo di dalam beg ke hospital.
Macam Ros, selepas bersalinkan Luqman, Ros rasa sangat lapar. Walaupun rasa taknak makan, Ros makan juga sedikit supaya ada tenaga. Banyak tenaga habis digunakan untuk melahirkan bayi.
Selepas bersalinkan Maryam, Ros minum dan makan biskut dulu. Nak tunggu waktu makan, lambat lagi. Dahlah tengahari Ros tak makan kerana menahan sakit kontraksi.
-
Ke tandas
Pundi kencing perlu dikosong secepat. Jika anda rasa nak ke tandas, terus pergi. Bila pundi kencing kosong, ia membantu anda kawal pendarahan secara semulajadi.
-
Berjalan perlahan-lahan
Selepas bersalin, ibu masih perlu melakukan pergerakan. Paling kurang pergi ke tandas untuk menukar maternity pad. Lap muka anda dengan tuala bersih untuk segarkan badan. Pergerakan akan membantu proses pemulihan.
3 hari selepas bersalin
-
Pengeluaran susu matang
Susu matang akan terhasil selepas 3 hari bersalin. Susu bayi dengan kerap untuk elakkan bengkak susu.
-
Darah nifas semakin banyak
Tukar maternity pad sekerap mungkin untuk mengelakkan jangkitan bakteria
2 minggu selepas bersalin
-
Darah nifas semakin berkurangan
Pada waktu ini, darah nifas akan semakin sedikit. Ada juga ibu yang darah nifasnya kering sepenuhnya.
-
Jahitan semakin sembuh
Pada waktu ini, jahitan semakin sembuh. Anda pun boleh bergerak dengan selesa. Tapi masih perlu berhati-hati supaya jahitan tidak terbuka balik.
Selepas bersalinkan Luqman, Ros ada sembelit yang teruk. Nak teran pun takut. Alhamdulillah selepas bersalinkan Maryam, sembelit tak ada langsung. Hilang fobia Ros nak ke tandas. Kalau anda hadapi masalah yang sama, hubungi Ros di 019-367 3245 untuk Ros bantu. Usah pendam masalah sorang-sorang. Ngeri pula bila bayangkan jahitan terbuka balik.
Dari selepas anda bersalin sehingga 44 hari berpantang, anda perlu berpantang betul-betul. Waktu inilah badan kita nak pulih seperti sedia kala. Laburkan sedikit duit untuk dapatkan Set Berpantang yang dapat bantu diri akan pulih seperti sebelum mengandung. Bukannya yang akan jadi perhiasan di rumah sebab tak habis pakai.
Ros Ahmad
019-367 3245
Shaklee ID: 1134 656
Permalink
Good info!alhamdulillah masa tempoh berpantang dulu memang xde masalah sembelit.sampai sekarang,ostemateix supplemen wajib..hehe
aina recently posted… 11 Makanan Terbaik Untuk Ibu Menyusu
Permalink
Ros pun suka Ostematrix.
Dari masa berpantang sampai menyusu sekarang mmg amalkan ostematrix supaya takde lenguh-lenguh badan.