Follow:
Hamil, Tips

Jalani Pemeriksaan Antenatal Seawal Mungkin Terutamanya Ibu Hamil Anak Pertama

Assalamualaikum

Teringat dahulu hujung tahun 2013 Ros ikut trip ke Beijing, China anjuran company husband. Antara tempat menarik yang dilawati adalah Tembok Besar China. Memang Ros panjat sambil babywearing Luqman sampai ke atas. Hari terakhir di sana, Ros syak period Ros lambat. Selepas balik dari sana, keesokan harinya Ros buat pregnancy test. Disebabkan garisan kedua pudar, Ros pergi jumpa doctor untuk pengesahan. Alhamdulillah memang sah Ros mengandung. Syukur.

Bila kenangkan balik Ros jalan-jalan di Beijing sambil babywearing Luqman siap panjat Tembok Besar China lagi. Alhamdulillah tak jadi apa-apa. Risau juga sebab kandungan masih awal. Ros tiada alahan langsung waktu tu. Memang tak tahu.

Bila anda syak, anda mengandung, memang anda kena pergi berjumpa doktor dengan kadar segera. Lebih-lebih lagi jika mengandung anak pertama. Selepas sah mengandung, cepat-cepat pergi ke klinik kerajaan untuk buka buku merah. Anda akan diberitahu tentang jadual pemeriksaan antenatal.

Untuk ibu yang hamil anak pertama, anda akan diminta datang untuk pemeriksaan semasa usia kandungan

  • 16 minggu atau sebelumnya
  • 18-20 minggu
  • 25 minggu
  • 28 minggu
  • 31 minggu
  • 34 minggu
  • 36 minggu
  • 38 minggu
  • 40 minggu
  • 41 minggu jika belum bersalin

Pemeriksaan antenatal bergantung kepada klinik dan doktor yang merawat anda juga.

Lazimnya kekerapan pemeriksaan adalah seperti berikut:

  • sejak disahkan hamil sehingga bulan ke-7, sekali setiap bulan
  • bulan ke-8, setiap 2 minggu
  • bulan ke-9, setiap minggu

rutin pemeriksaan antenatal

Apa yang akan dibuat semasa pemeriksaan antenatal ini?

1. ukur berat badan

Ini untuk memastikan berat ibu naik mengikut yang sepatutnya. Biasanya semasa hamil, pertambahan berat yang normal adalah antara 10-20 kg. Ros pun dua kali mengandung, berat naik sekitar 11-12 kg je.

 

2. ketinggian ibu

Ketinggian ibu akan diukur semasa lawatan pertama untuk mengetahui saiz pelvik anda. Saiz pelvik akan memudahkan proses bersalin.

 

3. ujian air kencing

Dengan ujian air kencing, pelbagai penyakit yang melibatkan gula, protein, darah dan sebagainya dapat dikesan lebih awal.

 

4. ujian darah

Ujian darah dibuat untuk mengetahui kumpulan darah dan juga darah rhesus ibu. Ujian darah juga penting untuk mengetahui samada ibu kurang darah atau tidak.

 

5. tekanan darah

Tekanan darah yang tidak normal boleh membawa kepada masalah tekanan darah tinggi. Oleh itu, setiap kali pemeriksaan, pemeriksaan tekanan darah akan dilakukan.

 

6. ujian imbasan

Ujian imbasan amat penting untuk mengetahui saiz rahim ibu, usia kandungan, saiz dan perkembangan janin dalam kandungan.

Ujian imbasan pertama perlu dilakukan sebelum minggu ke-16 semasa trimester pertama untuk menentukan usia sebenar kandungan.

Ujian imbasan seterusnya perlu pada minggu ke 18-22 semasa trimester kedua untuk memastikan usia bayi dan bilangan bayi. Kecacatan bayi juga boleh dikesan seawal minggu ke 19.

Pada minggu ke 28, imbasan dibuat untuk melihat tahap perlekatan uri.

Pada minggu ke 32-24, imbasan akan dibuat untuk melihat tahap perkembangan bayi dan kandungan air ketuban.

 

7. pergelangan kaki

Jika ada bengkak di pergelangan kaki, anda mungkin mengalami kencing berprotein dan juga tekanan darah tinggi.

 

Pada usia awal kandungan, anda mesti jaga diri baik-baik. Jangan angkat benda berat. Amalkan pemakanan yang sihat. Kalau berkemampuan, ambil supplement tambahan seperti Set Kehamilan supaya anda kekal sihat dan bayi dapat berkembang dan membesar dengan baik.

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

1 Comment

  • Reply mutiara

    Kipidap!

    24 June 2015 at 9:04 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge