Follow:
Penyusuan, Tips

[Infografik] Peranan Suami Bantu Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum

Ramai ibu mahu menyusukan bayi mereka sehingga 2 tahun. Tetapi ramai juga yang kecundang di tengah jalan. Antara sebabnya tiada sokongan dan motivasi daripada suami. Ros boleh katakan isteri amat memerlukan sokongan yang padu dari suami tersayang. Di sini, Ros senaraikan apa yang suami boleh bantu dalam penyusuan susu ibu.

Peranan Suami Bantu Penyusuan Susu Ibu

Peranan Suami Bantu Penyusuan Susu Ibu

1. Sebelum penyusuan

Ros ada kongsikan tentang persediaan penyusuan ibu semasa hamil sebelum ini. Bukan isteri je kena bersedia. Suami juga perlu bersedia dengan mengambil tahu tentang penyusuan susu ibu.

Untuk ibu yang bekerja, pam yang bersesuaian amat penting supaya dapat mengepam dengan selesa di tempat kerja. Suami boleh bantu hulurkan sedikit wang untuk isteri beli pam yang diidamkan.

Supplement tambahan seperti Set Menyusu Shaklee terbukti telah membantu ramai ibu yang ingin menjayakan penyusuan susu ibu selama 2 tahun. Suami boleh hadiah set ini sebagai tanda sokongan.

Sebelum isteri menyusukan anak, suami boleh tolong tukarkan lampin anak supaya selepas menyusu anak boleh terus tidur.

 

2. Semasa penyusuan

Ibu menyusu kerap berasa haus dan lapar. Semasa isteri sedang menyusukan anak, suami boleh ambilkan minuman dan biskut untuk isteri.

Suami juga boleh bantu isteri dapatkan posisi menyusu yang selesa. Letakkan bantal di belakang badan isteri.

Kadang-kadang tu semasa isteri sedang menyusukan anak, anak yang lebih tua pun mahu ibunya melayan dia sama. Perkara ini biasa terjadi kepada Ros. Ketika menyusukan Maryam, waktu itulah Luqman nak ajak Ros main bersama-sama dia. Kalau perkara ini terjadi, suami perlu alih perhatian anak yang lebih tua supaya isteri dapat menyusukan anak dengan tenang.

 

3. Selepas penyusuan

Selesai menyusu suami boleh tolong sendawakan anak dan pegang anak sekejap. Isteri mungkin berasa lenguh dan perlu berehat sebentar.

Biasanya selepas menyusukan Maryam, Ros akan layan Luqman sekejap kalau tadi dia nak Ummi layan dia. Selepas layan Luqman baru Ros buat kerja lain.

Kalau isteri mengepam sambil menyusukan anak, suami boleh tolong simpan peralatan mengepam atau letakkan di meja dahulu.

 

4. Sepanjang masa

Suami perlu sentiasa memberikan dorongan kepada isteri untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun. Ingatkan isteri tentang ganjaran pahala menyusukan anak. Antaranya:

“Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan mendapat satu pahala dari tiap – tiap titik susu yang diberikannya.”

“Jika wanita menyusui anaknya sehingga 2 1/2 tahun maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

“Jika wanita memberi susu badan kepada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi pahala satu tahun solat & puasa”

Suami juga perlu bantu isteri buat kerja rumah. Bagi isteri yang bekerja, selepas pulang dari kerja mesti akan menyusukan anak dahulu. Suami boleh tolong tanak nasi dahulu dan sediakan bahan-bahan untuk dimasakkan. Selepas isteri sudah menyusukan anak, isteri hanya tinggal masak sahaja untuk makan malam. Cepatlah boleh makan malam dan sama-sama berehat.

Selamat menemani isteri melalui perjalanan penyusuan yang penuh cabaran tapi di hujung terdapat kemanisan untuk diingati di kemudian hari. Ros dan suami sudah melaluinya dengan Luqman yang telah bercerai susu badan semasa umur 2 tahun lebih. Kini kami meneruskan perjuangan untuk menyusukan Maryam sehingga 2 tahun juga. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan.

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

1 Comment

  • Reply syuhada

    Betul..ramai suami kdg2 terlepas pandang apa yg blh diorg bantu…kita yg penat sorg2…hehe…:)
    syuhada recently posted… Shaklee Bagi Kesan Pada Hidup Saya? Betul ke?My Profile

    9 May 2015 at 12:17 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge