Assalamualaikum
Ros perasan anak-anak Ros main sekejap je dengan mainan yang Ros beli. Rasa rugi juga beli mainan banyak-banyak tapi anak tak nak main. Sejak dapat Maryam Ros dah kurang beli mainan. Waktu Luqman dulu memang selalu juga Ros beli mainan selain buku. Maklumlah anak pertama. 😛
Ros bercadang nak gunakan mainan yang sedia ada dengan cara yang lebih kreatif. Idea ada, tapi tak buat-buat lagi. Nanti Ros share k.
Sekarang ni, Ros nak kongsikan idea sediakan mainan bayi 6-12 bulan dalam masa 5 minit. 5 minit je. Guna barang yang anda dah ada. Macam mana?
Idea Sediakan Mainan Bayi
Bahan-bahan yang anda perlukan:
- Bakul atau bekas
- beberapa barang dari dapur/almari/mainan anak sedia ada/ruang tamu
Cara-cara:
- letak semua barang tu dalam bakul
- beri pada bayi anda 🙂
Sebenarnya bayi lagi suka benda yang dia guna sehari-hari. Barang-barang macam mangkuk, senduk kayu, sapu tangan memang akan menarik perhatian mereka berbanding mainan komersial. Pastikan anda pantau anak anda semasa dia bermain, ok!
Bila Ros bagi barang-barang ni, Maryam lagi lama explore barang-barang ni. Lepas ini, Ros ingat nak buat ikut tema macam warna, benda-benda yang mengeluarkan bunyi dsb.
Bakul ni kalau dalam english, orang panggil Treasure Basket– bakul yang penuh dengan barang-barang yang menarik untuk bayi anda teroka.
So sekarang, jadilah kreatif untuk sediakan mainan anak anda. 🙂
Ros Ahmad
019-367 3245
Shaklee ID: 1134 656
Permalink
Wah menariknya kak ros.. Zayra ni memang apa yang ada di sekeliling,itu yang dia suka main.
Ibu Zarith recently posted… Bertenaga Semasa Berpuasa Walaupun Hamil Dan Menyusukan Dengan Set Mighty 3 Gems
Permalink
Kan Zarith. Yang di sekeliling tu lagi menarik dari mainan yang kita beli.
Permalink
Best idea ni. Jimat pun jimat!
Gdah Abdullah recently posted… [Infografik] 10 Tips Mudah Bangun Subuh
Permalink
Aah Gdah. Jimat takyah beli mainan baru.
Permalink