Follow:
Aktiviti 3-4 tahun, Anak-anak

Idea Kerja Rumah Untuk Anak 3-4 Tahun

Assalamualaikum

Tahukah anda, anak kecil kadang-kadang suka memberontak, meragam dan sebagainya kerana mereka kurang beraktiviti. Hari-hari yang dilalui membosankan. Tenaga mereka tidak disalurkan ke tempat yang betul. Sebab tu, Ros ada ajarkan Luqman buat kerja rumah sikit-sikit. Ini senarai idea kerja rumah untuk anak 3-4 tahun.

 

Idea Kerja Rumah Untuk Anak 3-4 tahun

  • Berus gigi/ pakai baju

Jadikan rutin memberus gigi sebelum tidur dan bangun pagi. Luqman akan picit sendiri ubat gigi dan basuh berus gigi selepas guna. Jangan marah kalau anak picit banyak. Sabo je.

 

  • Simpan kasut/beg

Setiap kali balik ke rumah, Luqman akan letak kasut di rak dan beg di atas meja rendah yang Ros sediakan.

 

  • Simpan mainan selepas main

Kadang-kadang lepas main, Luqman taknak simpan balik mainan dia. Katanya penat. So, Ros akan offer untuk tolong dia masukkan mainan ke dalam bekas mainan. Tapi dia kena kutip mainan dia yang berterabur tu. Jadinya, dia masih perlu simpan semua mainan dia. Ros juga akan minta dia kemas mainan sebelum ambil mainan yang lain.

 

  • Lap minuman kalau tumpah

Kalau Luqman minum tumpah, Ros akan minta Luqman lap. Kain untuk lap memang Ros dah sediakan di dapur.

 

  • Simpan buku selepas baca

Lepas baca, kena simpan balik buku di rak.

 

  • Masukkan baju kotor ke dalam bakul

Yang ni, Ros sediakan satu bakul untuk letak semua baju kotor.

 

  • Letak cawan/pinggan di sinki

Selepas makan, Luqman akan bawa pinggan dan cawan sendiri ke sinki.

 

  • Buang sampah ke dalam tong sampah

Kalau makan gula-gula ke, Ros akan minta Luqman terus buang ke dalam tong sampah.

 

  • Lipat baju/seluar

Yang ni, kalau Ros tengah melipat kain, ada juga minta Luqman lipat baju dia sendiri. Tapi kadang-kadang tu, dia gulung. Takpelah. Slow-slow.

 

  • Kemas katil

Ros baru nak ajar Luqman kemas katil. 🙂

Kalau anda ada idea lain, sudikan share dengan Ros. 🙂

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

3 Comments

  • Reply ohsempapa

    Idea yang bagus untuk diajarkan kepada anak dalam usia begini.
    Sebab ambe sendiri sudah didik anak untuk buat perkara-perkara itu juga sebelum ini.
    Alhamdulillah…sekarang sudah 6 tahun umurnya dan kebanyakkan rutin harian untuk dirinya sudah boleh dilakukan sendiri. Tapi masih perlu dipantau. Hehehe…
    ohsempapa recently posted… Cermai Itu Adalah Phyllanthus Acidus kah?My Profile

    1 October 2015 at 9:05 am
  • Reply Nazlin Myblouseshop

    alhamdulillah. tahniah sis. memang nak latih anak2 ni memerlukan keazaman & kesabaran yang tinggi. hihi
    Nazlin Myblouseshop recently posted… MyBlouseShop Di Majalah NurMy Profile

    2 October 2015 at 10:21 pm
  • Reply Ibu Zarith

    Zayra sekarang pun dah pandai bawa baju kotor sendiri masukkan dalam laundry pail hehe..comel jek tengok dia jalan terkedek-kedek

    10 October 2015 at 1:18 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge