Resepi Char Kuey Teow Mudah Lagi Simple
Author: 
Recipe type: Main
Cuisine: Malay
Prep time: 
Cook time: 
Total time: 
 
Ingredients
  • Sebungkus Char Kuey Teow
  • 8 ekor udang segar
  • Sedikit kerang
  • Segenggam taugeh
  • Sedikit kucai
  • 2 sudu cili boh
  • 2 biji telur
  • 4 ulas bawang putih- dihiris/diketuk
  • sedikit lada sulah
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kicap manis
  • sedikit gula
  • 2 cawan air
  • sedikit minyak untuk menumis
Instructions
  1. Di dalam periuk sederhana, rebus udang bersama 2 cawan air.
  2. Masukkan 4 ulas bawang putih
  3. Masukkan sedikit lada sulah
  4. Masukkan sos tiram dan kicap manis
  5. Masukkan sedikit gula
  6. Rebus sehingga mendidih
  7. Di dalam kuali, masukkan minyak dan tumis cili boh sehingga pecah minyak
  8. Bila dah pecah minyak, masukkan kerang
  9. Tuang setengah kuah rebusan udang tadi ke dalam kuali.
  10. Masukkan 4 ekor udang yang telah direbus tadi
  11. Bila dah mendidih, masukkan kuey teow, taugeh dan kucai
  12. Pecahkan telur
  13. Bila telur dah sedikit masak, gaulkan bersama kuey teow
  14. Tutup api
Recipe by Coretan Ros Ahmad at http://rosahmad.com/resepi-char-kuey-teow-mudah-lagi-simple/