Drama Korea Yang Tinggalkan Kesan Mendalam

Assalamualaikum

 

Makin ramai peminat Korea di Malaysia sekarang. Sejak kedatangan artis korea, Park Bo-Gum ke Malaysia hujung tahun lepas, baru Ros sedar betapa ramainya anak-anak muda yang meminati cerita Korea.

 

Ros juga peminat drama Korea masa zaman belajar di Jerman dulu. Di Jerman, internet sangat laju. Banyak juga cerita Korea didownload dan dikongsikan dengan pelajar-pelajar Malaysia yang lain. Tonton drama Korea ni kurangkan tension belajar tau. 🙂

 

Ada tak drama atau filem Korea yang tinggalkan kesan mendalam kat korang?
Ros nak cerita ada satu cerita Korea ni, drama tahun 2007 yang banyak tinggalkan kesan mendalam bagi Ros. Kalau korang peminat cerita Korea, silalah cari cerita ni. OST Thank You pun sedap.

 

 

Tajuk drama ni “Thank You” berkisarkan seorang ibu tunggal (heroin) menyara seorang anak perempuan dan menjaga datuknya yang ada penyakit Alzheimer’s di sebuah pulau. Anak perempuan dia terkena HIV akibat kecuaian doktor semasa dirawat di hospital. 



Banyak dugaan yang si heroin kena hadapi. Salah satunya, cemuhan orang sebab dia ibu tunggal. Pastu datuknya pula selalu merayau-rayau di sekitar pulau tu. Jenuh dia mencari bila penyakit datuknya datang.

 

Walaupun dicemuh, si heroin ni sabar je. Dia juga sabar layan datuknya sebab famili yang ada hanya datuk, anak perempuan dia dan adik lelaki. Takde orang lain dah. So, susah senang mereka bersama.

 


Si heroin ni juga kuat berusaha mencari rezeki. Dia menjual buah limau. Siap promote limau dia dengan buat video. Orang lain takde buat. Kiranya dia lagi advance dari penduduk lain di pulau tersebut. Ros suka dengan semangat dia.

 


Set penggambaran drama tu juga buat Ros semangat nak pergi bercuti-cuti di Korea. Alhamdulillah dah pun tercapai tahun lepas.

 

Si hero pun ada kisah yang menarik. Tapi cukuplah Ros kongsikan pasal si heroin tu. Yang lain silalah tonton sendiri drama ni ye.

 

2 Comments

Leave a Reply to Ibu Zarith Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge