Follow:
Aktiviti 6-12 bulan, Anak-anak

DIY Mainan Bayi 8 Bulan Ke Atas- Treasure Bottles

Assalamualaikum

Kali ni Ros nak share bagaimana nak buat sendiri atau DIY mainan bayi dengan barang yang dah ada dah pun di rumah. Mainan ni dipanggil treasure bottle. Sebelum ni Ros ada cerita pasal treasure basket. Bezanya, treasure bottle menggunakan botol. Bayi akan explore benda yang ada dalam botol tu.

Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan:

  • Beberapa botol kosong bersaiz kecil
  • Pewarna makanan
  • Minyak masak
  • Cecair pencuci pinggan
  • Glitter
  • Pipe cleaner
  • Air
  • Hot Glue Gun (kalau ada)

Sebenarnya, nak buat treasure bottle perlukan sedikit kreativiti. Ikut barang yang ada di rumah anda. Sebagai contoh, boleh buat 4 jenis macam kat dalam gambar.

 

Botol 1:

Masukkan pipe cleaner yang berwarna warna ke dalam botol tu. Tutup rapat-rapat supaya anak tak dapat buka. Kalau nak gam terus pakai hot glue gun pun boleh.

Idea lain, anda boleh gantikan pipe cleaner dengan pony bead. Pony bead bersaiz kecil. Kalau bagi pada bayi 8 bulan, mesti dia nak masukkan dalam mulut. Tapi kalau letak dalam botol, dia masih dalam explore pony bead. Boleh goncang untuk keluarkan bunyi dan juga mengenali warna.

 

Botol 2:

Masukkan sedikit air, beberapa titis pewarna makanan dan glitter. Tutup rapat penutup botol. Yang ni, bayi pasti seronok tengok glitter yang berkilau-kilau tu.

Ros masukkan air sedikit je sebab kalau penuh, Maryam susah nak angkat botol tu.

 

Botol 3:

Yang ni Ros masukkan air, pewarna merah dan sedikit cecair pencuci pinggan.

Kalau digoncang, botol ni akan dipenuhi buih.

 

Botol 4:

Yang botol ke empat pula, Ros masukkan air, pewarna kuning dan juga minyak masak.

Yang ni Ros suka juga tunjuk kepada Luqman. Lapisan minyak akan berada di atas. Goncang macam mana pun, minyak akan kembali ke atas. Ala-ala experimen fizik.

 

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

1 Comment

  • Reply Ibu Zarith

    Wah kreatif kak ros! Kalau ada baby boleh buat nih hehe
    Ibu Zarith recently posted… 6 Perkara Wajib Ada Dalam Menu Makan Anak Setiap HariMy Profile

    5 August 2015 at 1:36 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge