Cara Sendawakan Bayi Dengan Betul Agar Tiada Kembung Perut

Assalamualaikum

Waktu Luqman kecil dahulu, dia susah nak sendawa. Akibatnya, kerap juga dia kembung perut. Semasa dalam pantang, Luqman kerap terjaga malam kerana perut kembung sampai Ros selalu stress.

Baru-baru ni, ada orang tanya bagaimana cara sendawakan bayi dengan betul.

Terdapat 3 cara sendawakan bayi.

cara sendawakan bayi
cara sendawakan bayi

Semasa dalam pantang, Ros suka jugakan cara no. 1.

Bayi diletakkan di atas dada. Dagu bayi berada di atas bahu kita. Urut perlahan-lahan belakang bayi sampai dia sendawa.

Bila bayi dah besar sikit, Ros suka juga guna cara no. 3.

Letakkan bayi agar meniarap di atas paha kita. Urut perlahan-lahan belakang bayi sampai dia sendawa.

Kalau tak sendawa juga, Ros akan guna cara no. 2 pula.

Dudukkan bayi di atas paha kita. Urut perlahan-lahan belakang bayi sampai dia sendawa.

Selepas beberapa minit kalau bayi tak sendawa Ros akan biarkan je. Kalau bayi menyusu badan, lekapan mulut bayi semasa menyusu akan menghalang udara masuk.

Mungkinkah cara lekapan Luqman dahulu salah? atau bila waktu malam, suhu agak sejuk. Sebab itu, boleh kembung perut.

Alhamdulillah semasa berpantang Maryam, tiada langsung kembung perut. Anda boleh baca pengalaman berpantang semasa anak kedua Ros.

Semoga bermanfaat.

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge