Follow:
Penyusuan, Tips

Cara Pekatkan Susu Badan Agar Anak Tidak Menangis Kelaparan

Assalamualaikum

Baru- baru ni Ros dapat whatsapp daripada seorang ibu menyusu yang mengadu anak beliau masih menangis selepas menyusu. Tak kenyang mungkin fikirnya. Beliau ingin tahu apakah cara pekatkan susu badan. Bayi baru berusia 2 bulan dan beliau ingin menyusukan sepenuhnya dengan susu ibu selama mungkin.

Untuk pengetahuan anda, susu ibu terdiri daripada 2 jenis. Foremilk dan hindmilk. Foremilk adalah susu awal yang cair. Hindmilk pula susu akhir yang mengandungi lemak. Anda akan nampak perbezaan ini selepas susu perahan dibiarkan seketika. Lapisan lemak akan terapung di bahagian atas. Lemak ini lah yang akan membuatkan bayi kenyang.

Sebelum Ros amalkan pengambilan Set Penyusuan Shaklee, lapisan lemak yang terbentuk tu nipis je. Bila Luqman menangis, selalu Ros fikir Luqman mesti lapar lagi ni. Hindmilk yang Luqman dapat, ada lemak sikit je. Macam mana nak kenyang kan.

 

Letih juga bila anak asyik menangis. Tidur pun kejap-kejap je. Tak sempat buat apa-apa anak dah bangun. Kalau anak tidur lena, boleh lah basuh botol. Steril dan buat kerja rumah yang lain kan.

 

 cara pekatkan susu badan

 

Di sini Ros kongsikan cara pekatkan susu badan berdasarkan pengalaman Ros sendiri.

Cara pekatkan susu badan

1. Makan nasi

Kalau Ros breakfast nasi lemak, sesi mengepam pukul 10 pagi mesti dapat susu yang pekat berbanding hari yang breakfast dengan roti sahaja. Waktu lunch dengan dinner, Ros selalu makan nasi. Kadang-kadang je makan mee atau bihun.

 

2. Minum Milo

Antara milkbooster yang perlu anda cuba adalah minuman bermalta seperti milo dan horlick. Kalau Ros minum milo, susu perahan akan mengandungi lapisan lemak yang lebih tebal. Kegemaran Ros minum milo yang dicampur satu sudu ESP. Bukan susu pekat je,badan Ros pun rasa lebih bertenaga.

 

3. Makan oat

Sarapan pagi kalau tak bawa bekal, Ros akan makan oat je. Berkesan untuk Ros. Susu nampak pekat.

 

4. Makan kurma

Kurma pun milkbooster yang bagus. Amalkan makan 7 biji kurma setiap hari. Paling kurang sebiji. Boleh nampak perbezaan bila makan kurma ni.

 

5. Amalkan doa ibu menyusu

 Ya ALLAH…permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan…AMIN…”

 

Baca juga entri ini << Makanan Penggalak Susu Badan >>

 

 

Untuk memastikan bayi anda mendapat hindmilk yang cukup, susukan bayi anda di sebelah payudara sehingga kosong tau. Lepas tu baru tawar payudara sebelah lagi. Kalau bayi dah kenyang, jangan lupa pam sampai kosong supaya susu kekal meriah.

Ros ucapkan tahniah kepada anda yang memilih penyusuan susu ibu secara eksklusif paling kurang sehingga 6 bulan. Sokongan suami amat penting agar anda tidak putus asa bila dugaan datang. Minta bantuan suami jika perlu.

 

 

Baca << Peranan Suami Bantu Penyusuan Susu Ibu >>

 

Klik >> cara pekatkan susu badan << untuk tengok testimoni mommies yang cuba cara Ros kongsikan di atas.

 

Semoga perjalanan penyusuan si manja anda dipermudahkan. 🙂

signature Ros Ahmad1

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge