Cara Mudah Buat Garlic Bread

Assalamualaikum

Suka makan Garlic Bread? Asyik beli je. Tak puas makan kan. Jom buat sendiri. Ros tunjukkan caranya. Serious senang je.

 

Sebelum tu, jom tengok apa bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan untuk Garlic Bread:
1. Roti perancis
2. 3 ulas bawang putih
3. 2-3 sudu besar margerin

Kalau bab margerin ni, Ros suka jenama mother’s choice. Lembut je.

Disebabkan bahan yang diperlukan 3 je, tiada alasan lagi kata susah nak buat kan. Hehe.

Cara-caranya:

3 ulas bawang putih tadi dibuang kulit dan dicincang halus.

Masukkan dalam mangkuk kecil dan campurkan dengan margerin.

Potong roti perancis ikut ketebalan yang disukai. Ada orang potong setebal 1 inci. Tapi tak perlulah sampai guna pembaris ye.

Roti perancis agak keras di luarnya. Nak senang potong, perlu guna pisau roti. Tapi Ros pakai je pisau biasa. Pandai-pandai lah ye.

Hati-hati guna pisau tu.

Panaskan pemanggang atau kalau takde guna kuali non-stick pun boleh.

Seterusnya, sapukan sebelah permukaan roti dengan campuran bawang putih dan margerin tadi.

Bakar sebentar dalam pemanggang. Pastikan bahagian yang disapu margerin tadi yang dibakar.

Kalau guna pemanggang, nanti adalah garis-garis yang akan membuatkan garlic bread korang nampak cantik. 🙂

Tadaaa.. dah siap garlic bread.

Yang ni tak garing sangat sebab ada 2 orang budak kecil tak sabar nak rasa. Hehe.

Cubalah buat untuk famili korang nanti. <3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge