Assalamualaikum
Alhamdulillah sampai sekarang Maryam hanya makan homemade solid food. Tak pernah lagi Ros bagi cerelac. Sebagai ibu bekerja, tiap-tiap malam Ros masak makanan Maryam siap-siap.
Awal-awal dulu, Ros buat puri. Sekarang ni Ros bagi bubur nasi yang ditambah sayur atau buah kepada Maryam. Ros nak share cara menyediakan makanan bayi.
Cara Menyediakan Makanan Bayi
Ros akan masak nasi dengan air yang lebih. Tapi tak tunggu sampai jadi bubur. Selepas nasi yang dah masak tu sejuk, Ros akan guna hand blender untuk blend. Ros rasa cara ni lagi efisen untuk Ros sebab Ros boleh blend dalam periuk yang sama sebab bubur tak akan terpercik. Nak basuh pun lagi senang.
Ramai yang tanya Ros macam mana Ros blender. Ni rupa hand blender. Part bawah tu je yang boleh dibasuh. Yang atas tu, lap je.
Antara resepi yang anda boleh cuba:
Bubur Pir dan Kurma
Bahan-bahan:
- 1 biji pir
- 1 atau 2 biji kurma
- segenggam beras
- Air utk merebus
Cara-cara:
1. basuh beras dan rebus sehingga masak
2. potong kurma kecil-kecil
3. buang kulit pir dan potong kecil-kecil
4. masukkan dalam periuk td
5. tutup api bila nasi dah masak
6. blend bila dah sejuk
Bubur Labu dan Kismis
Bahan-bahan:
- 1 potong labu
- sedikit kismis
- segenggam beras
- air untuk merebus
Cara-cara:
1. basuh beras dan rebus sehingga masak
2. potong labu kecil-kecil
3. masukkan dalam periuk td
4. tutup api bila nasi dah masak
5. blend bila dah sejuk
Bubur Labu dan Lobak Merah
Bahan-bahan:
- 1 potong labu
- setengah batang lobak merah
- sedikit isi ayam
- segenggam beras
- air untuk merebus
Cara-cara:
1. basuh beras dan rebus bersama isi ayam sehingga masak
2. potong labu dan lobak merah kecil-kecil
3. masukkan dalam periuk td
4. tutup api bila nasi dah masak
5. blend bila dah sejuk
Sebenarnya cara Ros buat bubur ni hampir sama je. Ros combine apa yang ada di dalam peti sejuk. Antara yang digemari Maryam sekarang adalah, pir, brokoli, keledek dan labu. So kadang-kadang tu, Ros buat:
– keledek+ labu
– labu+brokoli ( ada hari labu Ros letak lebih sikit, ada hari brokoli Ros letak lebih sikit)
– brokoli+lobak merah
– pir+epal
Kalau ada cheese di rumah, Ros akan letakkan cheese sekeping. Jadi berlemak sedikit. Ros rasa bubur tu jadi lebih sedap. Maryam apatah lagi. Setiap kali makan, licin mangkuk dia. 🙂
Ros Ahmad
019-367 3245
Shaklee ID: 1134 656
Permalink
salam sis,
maaf bertanya. resepi ni sesuai utk bayi brp bulan? terima kasih
Permalink
Selepas 6 bulan, bagi puri dulu. Cara masak sama cuma tak letak beras. Hanya buah atau sayur.
8 bulan ke atas boleh cuba resepi ni. Ikut baby juga. Kalau dia dah bersedia nak makan bubur.
Permalink
Salam sis,
Sis sskalimasak n blend puree utk berapa hari? Cara penyinpanan?
Permalink
Waalaikumsalam Fara
Biasanya Ros masak hari-hari. Habiskan terus bubur tu.
Dulu kalau puri buah/sayur, Ros akan masak byk terus. Pastu simpan dalam tupperware kecil-kecil. Paling lambat Ros akan habiskan dalam masa 3 hari untuk menjamin kesegaran puri tu.
Permalink
Nak tanya bgmn pn blend di periuk yg sama yerr…
Permalink
Ros guna hand blender. Bukan blender yang biasa tu. Hand blender ni tak banyak pilihan Malaysia ni. Tp memang ada di kedai barangan elektrik seperti Harvey Norman dan Sen Heng. Ros punya hand blender dari zaman study dulu.
Permalink
Puan Ros, saya juga ibu bekerja. Nk tya, bila kita masak malam utk mkn esok, letak dlm freezer pastu keesokan panaskan…gitu yer? kekadang risau jgk asyik panaskan ja…maklum la…nk masak pagi2 xsempat…
Permalink
Puan Wati.. Ros buat macam ni. Lepas masak, biarkan sejuk.. blend.. lepas tu simpan di bahagian chiller (bukan freezer). Esoknya panaskan sebelum masukkan dalam termos makanan anak. 🙂
Permalink
Salam, nk tanya, kalau buat puree guna hand blender tu, kene blend banyak2 sekali ke? Cth, bole x kalau nk blend sebiji epal je guna hand blender?
Permalink
waalaikumsalam sis Rina.
Boleh nak blend sebiji epal. Tapi saya suka blend paling kurang 2 biji.
Permalink
boleh suh bini try nih.
takut bosan pulak budak kecik tu.
titan recently posted… Masih adakah sinar keindahan TUJUH warna pelangi yang tidak pernah kehabisan cahayanya di ufuk timur?