Follow:
Berpantang, Tips

7 Cara Menjaga Luka Bersalin Normal Agar Cepat Sembuh

Assalamualaikum

Bagi ibu bersalin normal, penjagaan luka episiotomi tidak boleh diabaikan lebih-lebih lagi jika anda mengalami koyakan perineum tahap ke3 dan ke4. Kesan daripada penjagaan yang tidak betul, jahitan boleh terbuka jika terdapat jangkitan pada luka. Di sini Ros kongsikan cara menjaga luka bersalin normal.

 

Cara menjaga luka bersalin normal

1. amalkan makanan yang seimbang

Bila berpantang, banyak benda tak boleh nak makan. Walaubagaimana pun, pastikan anda makan makanan yang kaya vitamin C dan mendapat cukup nutrisi.

 

2. elakkan sembelit

Semasa berpantang, jenis buah yang sejuk dan berangin mesti dielakkan. Tapi anda masih perlu makan buah dan sayur yang kaya dengan serat.

Waktu Ros berpantang anak pertama dahulu, doktor yang merawat Ros suruh Ros banyak makan buah oren untuk elak sembelit. Beliau juga sarankan Ros minum Peel Fresh oren.

 

Baca juga >> Cara Mengatasi Sembelit Dalam Pantang << . Jangan sampai kena buasir dalam pantang. Seksa tau!

 

3. cuci tempat luka dengan air garam atau ubat yang dibekalkan oleh doktor.

Ada juga yang Ros baca, elok cuci tempat luka dengan air rebusan asam keping.

 

4. sentiasa memastikan tempat luka sentiasa kering

Lepas ke tandas, lap tempat luka dengan kain bersih sampai kering.

 

5. tukar maternity pad dengan kerap

Yang ni amat penting supaya bakteria tidak membiak. Tukar setiap 3 jam sebelum pad tu penuh.

 

6. jalan perlahan-lahan

Orang dulu-dulu melarang orang dalam pantang keluar rumah. Ibu yang baru bersalin perlu berehat di rumah. Tak boleh lasak-lasak. Jalan kena kepit-kepit.

Ros kalau keluar rumah pun sebab pergi klinik check kuning dan juga balik rumah mak mertua.

 

7. duduk bersimpuh

Bila duduk kena bersimpuh. Usah bersila.

Waktu Ros berpantang anak kedua, walaupun luka sikit je dan tak kena jahit, Ros tetap duduk bersimpuh. Seriau nak duduk bersila. Even lepas pantang pun, masih duduk bersimpuh.

 

Kalau jaga luka episiotomi elok-elok, dalam tempoh 2 minggu dah boleh baik. Kalau nakkan kepastikan boleh suruh nurse yang datang rumah waktu pantang, tolong checkkan.

 

Semasa berpantang anak kedua, luka Ros sembuh lebih cepat sebab Ros ada ambil supplement Vitamin C, multivitamin Vitalea dan Ostematrix. Anda pun pastikan memilih Set Bersalin yang ada fungsi-fungsi seperti vitamin-vitamin ni agar jahitan sembuh dan tidak terbuka balik.

 

Kalau nak cuba Set Bersalin yang sama macam Ros, boleh hubungi Ros di 019- 367 3245. Ingat.. Jahitan yang terbuka dan tidak dijahit boleh sembuh sendiri. Tapi besar kemungkinan otot yang terkoyak tu, tidak bercantum dengan baik dan tidak kuat seperti sepatutnya. Ngeri? Ros pun rasa ngeri.

signature Ros Ahmad1

 

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

5 Comments

  • Reply Ibu Zarith

    Bahaya kan? Selalu dengar orang kena jahit balik akibat terbuka jahitan kan. Terima kasih info yg bagus ni ye kak ros =)
    Ibu Zarith recently posted… Aktiviti Anak Simple, Murah dan Menyeronokkan: Cop KertasMy Profile

    27 May 2015 at 11:27 am
    • Reply Ros

      Sama-sama Zarith. Dengar orang cerita je, pun dah rasa ngeri.

      28 May 2015 at 5:37 pm
  • Reply ummu khayla jual vitamin

    perkongsian yg sangat menarik sekali.
    ummu khayla jual vitamin recently posted… 17 Tips Yang Ibu Hamil Anak Pertama Perlu Tahu Agar Bersalin Dengan MudahMy Profile

    22 September 2015 at 11:07 pm
  • Reply Wan Nur Suzilla

    Yang paling takut selepas bersalin bedah – jahitan terbukak dan bernanah

    Good info sis
    Wan Nur Suzilla recently posted… Ruam Bayi Dan Cara MerawatnyaMy Profile

    19 November 2015 at 6:45 pm
    • Reply Ros

      Terima kasih sis Suzilla.
      Bernanah lagi tu memang takut la.

      24 November 2015 at 9:01 am

    Leave a Reply

    CommentLuv badge