Follow:
Hamil, Tips

Cara Menaikkan Hb Darah Dari 10.2 g/dL Ke 11.0 g/dL Dalam Masa Seminggu

Assalamualaikum

 

Sewaktu mengandungkan Maryam ketika usia kandungan 35 minggu, bacaan Hb Ros rendah iaitu 10.2 g/dL. Belum pernah bacaan Hb serendah ini. Biasanya kalau checkup mesti 11 g/dL ke atas. Doktor yang memeriksa Ros menyarankan supaya Ros membeli Iberet di farmasi. Ros mengiakan sahaja waktu itu. Dalam hati mahu balik makan makanan yang boleh menaikkan Hb dan supplement tambahan yang ada di rumah dahulu.

 

Ros akui minggu-minggu terakhir bulan puasa tu, Ros ada miss makan supplement dari Set Hamil. Berbuka puasa pun ala kadar je. Sebab tu kalau tak naik juga Hb Ros, memang Ros akan beli Iberet seperti saranan doktor. Seminggu selepas itu sewaktu checkup,  bacaan Hb Ros naik menjadi 11.0 g/dL. Alhamdulillah syukur sangat-sangat.

 

cara naikkan hb darah

Punca Berlaku Anemia

  • Ibu hamil tidak mendapat khasiat seperti zat besi, asid folik dan vitamin B12 secukupnya
  • Ibu hamil anak kembar
  • Ibu yang kerap hamil iaitu jarak kehamilan yang rapat

Antara ketiga-tiga punca ni, Ros mengalami Hb rendah kerana tidak mendapat zat yang cukup.

 

Tanda-tanda Anemia

Ibu hamil kelihatan pucat, letih dan lesu. Ibu hamil juga merasa pening dan mudah pitam. Dengupan jantung juga lebih cepat dari biasa.

 

Bahaya Anemia Kepada Ibu

Anemia ini boleh mendatangkan bahaya jika tidak diatasi. Antara bahaya anemia kepada ibu hamil adalah risiko bersalin awal. Ros berharap sangat Maryam tidak lahir awal seperti abangnya, Luqman.

Ibu hamil juga berkemungkinan ada masalah praeklampsia yang boleh membawa kematian. Semoga dijauhkan.

 

Bahaya Anemia Kepada Bayi

Anemia boleh menyebabkan bayi dilahirkan pramatang. Bayi tidak mendapat bekalan oksigen secukupnya yang boleh menyebabkan tumbesaran bayi terbantut.

 

Makanan Yang Boleh Menaikkan Hb Ibu Hamil

Untuk menaikkan semula Hb, Ros mengambil lebih banyak makanan yang mengandungi zat besi, asid folik dan vitamin B12. Antara makanan yang disarankan adalah:

  • daging merah
  • hati ayam
  • kerang
  • brokoli
  • bayam
  • pisang
  • kekacang
  • oat
  • kurma

 

Dalam seminggu tu, Ros banyak makan brokoli. Di samping brokoli, Ros up kan dos supplement yang Ros ambil iaitu Vitalea.

 

Vitalea adalah multivitamin Shaklee yang mengandungi 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Teknologi salutan mikro membantu pembebasan segera vitamin di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan Vitamin B yang penting dalam penghasilan sel-sel baru.

 

Antara fakta kandungan nutrisi dalam Vitalea untuk ibu hamil adalah:

Zat Besi– Membentuk hemaglobin, membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.

Asid Folik– Kesihatan fetus, kesihatan sel darah merah, anemia.

Vitamin B12– Membantu tumbesaran fetus, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal dan mengelakkan anemia dan keletihan.

 

Jom dengar pengalaman anemia Puan Aya Chalo. Tiga kali mengandung, tiga kali ada anemia. Alhamdulillah mengandung anak ke-4, tiada anemia. Jemput dengar perkongsian beliau yang dipekenalkan dengan Vitalea oleh kakaknya, Puan Lin Chalo.

 

Di sini Ros dah perkenalkan anda dengan Vitalea. Masih nak biarkan bacaan Hb anda bawah 11 g/dL?

 

<< Petua Kurangkan Morning Sickness >>

 

Jom cepat-cepat dapatkan Vitalea untuk naikkan semula bacaan Hb anda. Jangan tunggu sampai kena warded macam Puan Aya Chalo, baru nak bertindak. Kalau ada budget lebih, ambillah Set Hamil untuk lengkapkan keperluan nutrisi anda sepanjang kehamilan anda. Hubungi Ros di 019- 367 3245 dengan segera demi kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.

 

Jangan lupa semak << Senarai Barang Untuk Ke Hospital >> .

 

signature Ros Ahmad1

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

5 Comments

  • Reply Ibu Zarith

    Bahaya kan anemia ni..Zarith pun Alhamdulillah masa Zayra HB ok. Vitalea memang membantu. Syukur
    Ibu Zarith recently posted… 7 Diet Kritikal Semasa Hamil Yang Ibu Wajib Ambil TahuMy Profile

    28 February 2015 at 2:17 am
  • Reply SuperNifz

    Sama aaa, nifz pong selalu HB rendah masa mengandung, alhamdullilah selepas kenal Shaklee nih, HB naik terus…
    SuperNifz recently posted… Cara Muhasabah Diri Agar Kekal PositifMy Profile

    2 March 2015 at 2:30 pm
    • Reply Ros

      Alhamdulillah. Sama-sama kita kongsikan kebaikan dengan ibu-ibu hamil yang lain.

      4 March 2015 at 8:51 am
  • Reply ummi jual vitamin

    perkongsian yg sgt menarik
    ummi jual vitamin recently posted… Bahaya Praeklampsia Kepada Ibu HamilMy Profile

    25 August 2015 at 10:29 am
    • Reply Ros

      terima kasih ummi.

      27 August 2015 at 7:06 am

    Leave a Reply

    CommentLuv badge