Follow:
Berpantang, Tips

Cara Mandi Semasa Berpantang

Assalamualaikum

Ros nak share cara mandi semasa berpantang. Ros pun ingat-ingat lupa je pasal mandi semasa pantang ni. Asyik tanya mak je, sekarang boleh mandi tak? Lap badan je ke? Sebelum Ros lupa, baik Ros kongsi di sini. Ros pun boleh rujuk nanti.

Cara Mandi Semasa Berpantang

Hari 1-3

Ros lap-lap badan je dengan air suam waktu pagi dalam pukul 10 macam tu. Biasanya selepas uruskan bayi. Bayi pun lap-lap dengan air suam juga.

Waktu anak pertama, Ros tak duduk atas bangku waktu lap-lap tu. Masuk anak kedua baru Ros lap sambil duduk.

Hari 4-7

Ros mandi dengan air suam waktu pagi dalam pukul 10. Kalau ada uncang herba, boleh rebus uncang tu dan campur dengan air biasa supaya air suam-suam je untuk mandi. Ros mandi sekejap je. Sebab air pun sikit je. Tak berani nak angkat kettle elektrik berat-berat. Mandi pun sambil duduk atas bangku kecik.

Petang dalam pukul 5:30-6:00 Ros lap-lap badan dengan air suam.

Hari 8-14

Waktu berpantang selepas lahirkan Maryam dahulu, hari ke 8 Ros berpantang di rumah mak. Mak yang akan jerang air dalam cerek atas api. Berat tau nak angkat cerek penuh air ke bilik air. Memang mak Ros tak bagi angkat. Mak yang akan angkat dan tuang dalam baldi besar. Ros cuma isi air biasa supaya air tak panas sangat.

Biasanya selepas berurut, Ros akan mandi air rebusan daun. 3 kali berurut, 3 kali mandi air rebusan tu.

Antara daun yang boleh digunakan daun nangka, daun limau purut, daun mengkudu, daun kunyit, daun lengkuas, daun inai, serai dan daun pandan.

Cara Buat Air Rebusan Daun

  • ambil periuk besar
  • basuh daun bersih-bersih
  • daun dicarik atau potong kasar
  • rebus sehingga mendidih

Bila nak mandi, ambil 1/3 dan isi dalam baldi. Tambah air biasa supaya suhu air suam.

Esoknya, didih lagi air rebusan daun tadi. Ambil separuh. Separuh lagi simpan untuk hari ke-3.

Selepas 3 hari mandi air rebusan daun, Ros mandi air suam biasa je lepas-lepas tu.

Kebaikan Mandi Air Rebusan Daun

  • Keluarkan angin dari badan
  • haluskan kulit
  • segarkan badan

Memang lepas mandi air rebusan daun, rasa badan segar je. Kalau sepanjang berpantang mandi air rebusan daun lagi baik.

Tapi Ros mandi 3 hari je dengan air rebusan daun. Sebelah pagi lepas berurut. Petang mandi dengan air suam biasa. Hari lain mandi dengan air suam.

Hari 15-44

Ros mandi 2 kali dengan air suam.

 

Selepas mandi Ros akan bertungku. Walaupun zaman dah moden, mesti kena bertungku dan berbengkung. Sepanjang berpantang Ros amalkan Set Berpantang Shaklee. Kesannya memang serasi dengan Ros. Takde sembelit. Badan bertenaga. Tak stress walaupun kena jaga 2 anak.

Kalau anda nak merasai pengalaman berpantang yang sama macam Ros, boleh hubungi Ros di 019-367 3245. Ros akan bantu anda sebaik mungkin.

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

6 Comments

  • Reply Ida

    Wah Ros sangat jaga pantang part mandi ni. Ida mandi selamba ja dari day 1 tapi dengan air rebusan suam2 panas setiap hari tapi mmg mak pesan jangan mandi lewat sangat untuk malam tu. Bila mandi dengan bau-bauan herba tu..wah mcm spa!
    Ida recently posted… Makanan Tambahan Penambah TenagaMy Profile

    24 May 2015 at 8:19 am
    • Reply Ros

      Aah kan ida macam kat spa.
      Ros pun tak mandi lewat sangat. Kalau tengah hujan lebat, Ros lap-lap je badan. Takut sejuk. 🙂

      25 May 2015 at 7:09 am
  • Reply Ibu

    Mandi semasa pantang sangat best.. Air panas suam..wangi..mcm spa ja feeling.
    Ibu recently posted… Saat indah saya bersama Peanut ButterMy Profile

    24 May 2015 at 8:21 am
    • Reply Ros

      Bila mandi dengan air suam, badan rasa segar je. Kalau ada air rebusan dedaun memang rasa macam kat spa: 🙂

      25 May 2015 at 7:07 am
  • Reply nawalhusna

    wahhh..
    Klu sy dnasihatkan kena mandi xda istilah lap2 badan..
    Pa lg mandi wiladah..
    Tp lain orang lain caranya kan…
    Pape pun good info… 🙂

    26 May 2015 at 12:54 pm
    • Reply Ros

      Terima kasih Puan Nawalhusna.
      Ikut orang juga cara nak mandi kan.
      Sama macam berpantang makan. Ada orang ayam tak boleh. Ada orang boleh je makan ayam kan.

      26 May 2015 at 1:03 pm

    Leave a Reply

    CommentLuv badge