Follow:
Hamil

Cara Kurangkan Stretch Mark Semasa Hamil

Assalamualaikum

Sepanjang 2 kali kehamilan, Ros tidak mengalami Stretch Mark. Ada juga lah sikit-sikit kesan regangan di bahagian peha. Ada ibu mengalami Stretch Mark teruk, penuh satu perut. Nak sedapkan hati, itu tandanya anak kita membesar dalam kandungan. Tapi lama-lama tengok, rasa  geram juga. Cepat-cepatlah hilang lepas bersalin nanti kan.

 

stretch mark

Ros ingin kongsikan cara kurangkan Stretch Mark semasa hamil.

Cara Kurangkan Stretch Mark Semasa Hamil:

 

  • minum air dengan banyak

Ibu hamil digalakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter air untuk kekal terhidrat lebih-lebih lagi cuaca sangat panas sekarang.

Air yang cukup akan mengelakkan kulit menjadi kering. Bila kulit kering, senang muncul Stretch Mark.

 

  • sapu minyak kelapa dara atau minyak zaitun

Minyak semulajadi seperti minyak kelapa dara dan minyak zaitun boleh digunakan untuk disapu di kawasan perut, peha, payu dara dan punggung.

Ros suka sapu sebelum tidur sambil urut lembut selama beberapa minit. Sambil sapu di perut, boleh bercakap-cakap dengan baby. 🙂

 

  • sapu losyen pelembap

Selain minyak kelapa dara dan minyak zaitun, anda boleh juga guna losyen pelembap untuk lembapkan kulit. Losyen biasanya dipakai selepas mandi untuk kekalkan kelembapan kulit.

Kalau losyen pelembap, pilihlah yang tiada bahan kimia berbahaya. Takut membahayakan bayi serta mengganggu perkembangannya.

Pilihan Ros adalah Krim Herbal Blend. Bau pun best serta tidak melekit.

  • makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan

Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan pelbagai vitamin untuk kesihatan kulit seperti Vitamin A, C dan E.

<< Senarai Vitamin Penting Untuk Ibu Hamil >>

 

  • lakukan senaman ringan

Senaman ringan seperti berjalan kaki baik untuk kesihatan ibu hamil. Ia juga sebagai persediaan untuk bersalin kelak.

Dengan berjalan, peredaran darah menjadi lancar seterusnya mengurangkan kesan Stretch Mark atau regangan.

 

  • kawal berat badan

Pastikan peningkatan berat badan anda tidak mendadak. Peningkatan mendadak boleh menyebabkan timbulnya Stretch Mark. Kenaikan yang normal adalah antara 12kg hingga 15kg. Kalau berat naik berlebihan, risau ada risiko kesihatan lain pula seperti diabetes.

 

 

Jangan stress-stress tau. Enjoy your pregnancy. Bila tengok Stretch Mark tu, pasti teringat momen mengandungkan anak tu. Buat tips kurangkan Stretch Mark di atas agar Stretch Mark anda tidak bertambah teruk.

 

Mommies tak perlu risau kalau lepas bersalin Stretch Mark masih ada. Ada supplement yang boleh bantu pudarkan Stretch Mark seperti ESP, Collagen Powder, Vitamin C dan Vitamin E. 🙂

signature Ros Ahmad1

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge