Follow:
Hamil, Tips

Cara Kira Due Date Bersalin Sebelum Berjumpa Doktor

Assalamualaikum

Waktu mengandungkan Luqman dahulu, Ros tak ingat tarikh hari pertama datang period yang terakhir tu. Ingat-ingat lupa je bila kali terakhir period datang. Bila rasa macam diri mengandung je, Ros buat pregnancy test di rumah dahulu. Dah confirm keluar 2 line tu, baru pergi jumpa doktor untuk sahkan.

 

Ros kena tegur juga dengan doktor waktu nak buat buku merah sebab tak ingat bila tarikh hari pertama period terakhir tu. Beliau pesan selepas ni kena ingat bila kita period. Bukan untuk kenal pasti due date je. Kalau nak buat Pap Smear Test pun, kita kena tahu bila period kerana seeloknya Pap Smear Test dibuat 10-20 hari selepas hari pertama period. Memang selepas tu, Ros ingat bila datang period.

Kalau anda ingat bila hari pertama datang period terakhir tu, anda boleh kira due date anda sendiri sebelum berjumpa doktor. Ramai yang teruja nak tahu bila bayi akan dilahirkan.

 

Jom tengok cara kira due date bersalin sebelum anda pergi berjumpa doktor.

 

1. Kenal pasti hari pertama period terakhir anda

Period Ros lambat semasa pergi bercuti ke Beijing hujung tahun 2013. Waktu tu, hari pertama period terakhir- 25 Nov 2013.

 

2. Tambah 7 hari

Bila ditambah 7 hari, jadi 2 Disember 2013.

 

3. Tolak 3 bulan

Bila ditolak 3 bulan, jadi 2 September 2013

 

4. Tambah 1 tahun

Bila ditambah 1 tahun, jadi 2 September 2014.

 

Waktu Ros pergi buat scan kali pertama pun, doktor cakap due date awal bulan 9. Tetapi Maryam nak keluar awal seminggu. Maka, lahirlah Maryam pada 25 Ogos 2014. 🙂

 

Jika anda rasa diri anda mengandung, apa kata anda cuba pengiraan di atas. Walaubagaimanapun, ingin Ros ingatkan, pengiraan di atas sesuai jika kitaran period anda tetap iaitu 28 hari.

 

Jangan lupa untuk buka buku merah secepat mungkin dan patuhi jadual check-up anda. Rutin Antenatal amat penting untuk kebaikan anda dan bayi yang dikandung. Selain daripada itu, amalkan pemakanan yang sihat. Kalau mampu, dapatkan lah Set Kehamilan Shaklee sebagai supplement tambahan. Paling kurang, ambillah Asid Folik secukupnya untuk mengelakkan kecacatan saraf tunjang pada bayi anda.

 

Nak dapatkan Set Mengandung Shaklee?

Selamat menempuh tempoh kehamilan. Enjoy your pregnancy!

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

8 Comments

  • Reply Riza Afzan Asri

    Macam masuk kelas matematik pulak. Anyway perkongsian yang menarik!
    Riza Afzan Asri recently posted… Resepi Kari Kepala Ikan Salmon Berlemak Tanpa SantanMy Profile

    26 July 2015 at 10:44 pm
  • Reply sal

    Sy dh try kire.. Dpat trikh 15/2/2016.. Lau ikot dktor die bg trikh 13/2/2016.. Skrg sy bru pregnant 4bulan..

    11 September 2015 at 3:15 pm
    • Reply Ros

      Tahniah sis Sal.
      Lebih kurangkan tarikh due date tu..

      12 September 2015 at 10:44 pm
  • Reply noni

    sama la..due sy 14/5/2016..mlm2 blaja math plak..hahaha

    12 September 2015 at 11:22 pm
    • Reply Ros

      Bijak nanti baby, mak dia buat kira-kira math. 😉

      13 September 2015 at 12:17 am
  • Reply Wan Nur Suzilla

    Sue baru tahu info ini. Hihi…

    Ala2 tips terbaik yang ini. Thanks sis
    Wan Nur Suzilla recently posted… Payudara Bengkak SebelahMy Profile

    11 December 2015 at 7:45 pm
  • Reply Hidayah

    Klu mcm sy jns piyed xregular cne nk kire huhu…sy piyed 6 april 15…tp ble dh scan 2,3 kli bru dktr dpt jwpn due sy pd 8 feb 2016…huhu…ssh ble piyed xregulr ni…

    13 December 2015 at 6:52 pm
    • Reply Ros

      Aah Puan Hidayah. Kalau period tak regular susah nak kira. Doktor lah yang akan check bila due.

      17 December 2015 at 1:44 pm

    Leave a Reply

    CommentLuv badge