Follow:
Kecantikan, Kedai Online, Set Kecantikan, Tips

Cara Hilangkan Parut Jerawat Berlubang Agar Tidak Malu Lagi Untuk Berjumpa Orang

Assalamualaikum

Semua orang inginkan kulit yang licin tanpa parut. Sedangkan remaja pun sibuk cari krim jerawat Oxy nak hilangkan jerawat, kita yang dah dewasa lagi lah nak kulit bebas jerawat.

Malu lah nak jumpa orang dengan muka penuh jerawat. Rasa macam nak duduk rumah je. Tapi apakah daya, kena keluar rumah juga untuk bekerja.

 

Ada tak cara hilangkan parut jerawat berlubang ni?

 

Mesti ramai nak tahu penyelesaiannya kan? Ros kongsikan 5 cara hilangkan parut jerawat berlubang ni.

Cara Hilangkan Parut Jerawat Berlubang

1. Lidah buaya

Ambil lidah buaya. Potong bahagian atas lidah buaya agar gel atau isinya terdedah. Sapu gel lidah buaya pada parut jerawat. Biarkan sehingga kering. Selepas 10 minit bilas dengan air suam.

Antara kebaikan lidah buaya:

  • anti-bakteria
  • anti-inflamasi
  • membantu mengurangkan parut jerawat
  • dapat merangsang pertumbuhan sel baru untuk merawat jerawat

 

2. Hirisan timun

Potong timun nipis-nipis. Tekap hirisan timun pada parut jerawat. Biarkan 10- 30 minit. Sesuai dilakukan pada waktu malam.

Selain timun murah dan mudah didapati, timun juga mempunyai khasiat berikut:

  • menegangkan kulit
  • mengurangkan garis-garis halus di wajah
  • mengurangkan eye beg
  • mencerah kulit
  • memperbaiki sel-sel kulit
  • mengecilkan pori-pori
  • antioksida

 

3. Hirisan tomato

Potong tomato. Tekap hirisan tomato pada parut jerawat. Biarkan 10- 30 minit. Bilas dengan air bersih.

Tomato mengandungi Vitamin C dan A. Ia juga mengandungi antioksida yang tinggi. Selain itu, tomato juga dapat:

  • mencerahkan dan melembabkan kulit wajah
  • melindungi kulit wajah
  • mengurangkan wajah berminyak
  • mengecilkan pori-pori

 

4. Kulit Pisang

Ambil sebiji pisang yang telah masak. Sapu bahagian dalam kulit pisang pada parut jerawat sehingga nipis atau tiada lagi isi putih.

Teringat Ros waktu duduk di asrama semasa sekolah menengah dulu, Ros selalu simpan kulit pisang selepas makan tengahari. Balik bilik sementara tunggu prep, sapu dulu bahagian kulit pisang tu pada muka. 🙂

 

5. Masker madu dan putih telur

Cara menyediakan masker madu dan putih telur:

  • Ambil satu sudu madu
  • Campurkan dengan sebutir putih telur.
  • Sapu masker ke seluruh muka kecuali bahagian mata
  • Biarkan selama 30 minit
  • Bilas dengan air suam

 

Antara kebaikan masker madu dan putih telur:

  • madu dapat mencerahkankulit dan mengatasi kulit kering
  • madu mengandungi kandungan antioksidaan yang tinggi
  • putih telur dapat menghaluskan kulit
  • putih telur dapat mengurangkan wajah berminyak
  • putih telur dapat menegangkan kulit

 

Ros telah kongsikan 5 cara hilangkan parut jerawat berlubang menggunakan bahan-bahan semulajadi. Memang ambil masa juga nak nampak kesan. Yang penting anda kena konsisten buat dan jangan putus asa.

 

Jom tengok satu video ni mengenai Puan Farizan yang telah mencari produk yang sesuai dengan kulit beliau selama 7 tahun. Bayangkan selepas 7 tahun baru beliau jumpa produk semulajadi yang sesuai.

 

Setelah mencuba berbagai-bagai produk kecantikan untuk menghilangkan jerawat, muka beliau bukan semakin elok. Malah semakin teruk. Sampai nak keluar rumah, nak pergi kerja pun malu nak jumpa orang.

 

Akhirnya selepas mengamalkan Set Kecantikan Shaklee, baru jerawat semakin berkurangan. Parut semakin hilang.

 

Anda boleh bandingkan muka beliau sekarang dan dahulu. Sekarang flawless kan! Kalau Puan Farizan tak konsisten amalkan Set Kecantikan Shaklee mesti mukanya masih berparut sampai sekarang.

 

Lagi << Testimoni Parut Di Muka Hilang >>

 

Ros tak jual supplemen ni tanpa cuba sendiri. Kalau anda nak tahu, Ros pun pengguna Set Kecantikan Shaklee juga. Anda boleh tengok sendiri kulit muka Ros dalam entri << Rahsia Kulit Cantik Tanpa Suntikan Vitamin C >>.

 

 

Apa yang ada dalam Set Kecantikan Shaklee yang menjadikan wajah Puan Farizan licin, gebu dan flawless adalah:

1. ESP ( 850 g )

2. Sustained Release Vitamin C ( 180 biji )

3. Vitamin E ( 120 biji )

4. B-complex with Folic Asid ( 120 biji )

 

set hilangkan parut jerawat

 

Antara fungsi setiap vitamin adalah seperti berikut:

  • ESP: sumber protein yang penting untuk penghasilan sel-sel baru yang sihat, penting untuk pembentukan kolagen

 

  • Sustained Release Vitamin C: antioksidaan yang kuat untuk melindungi kulit, mencerahkan kulit

 

  • Vitamin E: memudarkan parut jerawat, melindungi kulit daripada pancaran uv serta melembapkan kulit

 

  • B-Complex: mencegah pigmentasi, meratakan warna kulit, mengurangkan stress yang menjadi punca jerawat naik

 

Set Kecantikan Shaklee berharga RM 445.25 sahaja dan tahan 3-4 bulan. Yang penting ianya selamat, semulajadi dan berkesan.

 

Bagi anda yang malas nak makan supplemen banyak-banyak, ada satu lagi supplemen yang tinggi antioksidan untuk hilangkan bekas jerawat iaitu Vivix.

 

Vivix kaya dengan Resveratrol yang sangat berkuasa untuk baiki sel sehingga ke peringkat DNA lagi.

Ros kongsikan satu testimoni untuk anda ya.

Perkongsian daripada Cik Puan Abby Misaha:

Sebelum ni bekas jerawat ketara sangat tambah pula garis halus kat muka menonjol.

Sejak amalkan Vivix, kulit muka makin halus, bekas jerawat makin kecut, garis halus muka makin kurang, kulit pun lebih anjal.

 

Siapa yang tak gembira bila kulit makin cantik.

Cuma anda jangan harap selepas sehari dua cuba, dah nampak kesan yang ketara. Perlu konsisten dan ikut tips eksklusif yang bakal Ros kongsikan dengan customer Ros.

 

Inilah masanya untuk selesaikan masalah kulit yang penuh dengan parut jerawat berlubang tu.

 

Sampai bila anda nak jumpa orang dengan muka berparut tu sedangkan Puan Farizan sekarang dah tak malu nak berdepan dengan orang. Takkan anda nak tunggu 7 tahun juga?

 

Apa tunggu lagi, segera hubungi Ros di 019- 367 3245.

Taip kod “Parut

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

10 Comments

  • Reply Mamakembar

    Menariknya tips kak ros. Tp kena rajin la nk buatnya. Kalau mls lmbt pula dpt hasilnya nanti.

    Btul tu kak ros. Makin tua kalau naik jerawat lagi lebih malu dr naik jerawat masa muda.huhu.. elok sgt la amalkn set jerawat tu. Bukan takat hilangkan jerawat malah baik utk kesihatan keseluruhan kita.
    Mamakembar recently posted… Produk Shaklee Percuma Untuk Ahli BerdaftarMy Profile

    27 August 2015 at 7:04 am
    • Reply Ros

      Aah kan mama kembar. Dah kahwin, dah ada anak lagi lah kita nak kena jaga kecantikan diri. Biar cantik luar dan dalam. Untuk siapa lagi kalau bukan untuk suami kan.

      27 August 2015 at 7:11 am
  • Reply Ibu Zarith

    Kak ros yang kulit pisang tu memang betul. Tapi takes time sikit la.. Yang puan farizan ni, minggu lepas jumpa dia, memang licin kulit muka dia. Gebu tak de langsung kesan jerawat. kagum!
    Ibu Zarith recently posted… Cara Tingkatkan Imun Sistem Anak Dalam Menentang Penyakit Supaya Tak Pergi Klinik SelaluMy Profile

    27 August 2015 at 7:47 am
    • Reply Ros

      Hari tu kak Ros duduk belakang Puan Farizan. Mula-mula tak cam. Wah.. Memang licin betul muka dia.

      27 August 2015 at 8:46 am
  • Reply Mama Putri

    Wahhh! Bestnya info. Bahan2 pun mudah dapat, segala tomato, timun mmg ada kat dapur. Nanti mesti nak try.

    Tapi saya mmg amalkam ESP, B COmplex dan Vitamin C, mmg kulit susah nak tumbuh jerawat. Klu tumbuh pun cepat kecut. Orang sllu kata kulit saya ketat (tegang) hihi…

    27 August 2015 at 8:37 am
    • Reply Ros

      Best kan.. kulit muka licin dan tegang je. Baru yakin nak berdepan dengan orang.

      27 August 2015 at 8:49 am
  • Reply Mek ila Jual Vitamin

    Memang best guna petua semulajadi ni, tapi itulah masa memang mencemburui. Nasib baik vitamin Shaklee produk yang semulajadi.
    Mek ila Jual Vitamin recently posted… Perlunya Polisi Yang Memberikan Hak Kepada Ibu-Ibu Untuk Memerah Susu di Tempat KerjaMy Profile

    29 August 2015 at 5:55 pm
  • Reply DRAMATIC UNIQ

    petua guna kulit pisang tu je tak pernah cuba…
    yang lain dah pernah cuba dan hasilnya memang superb…!! 🙂
    DRAMATIC UNIQ recently posted… SENARAI PESERTA : ParodyMe 1st GiveAway By Dramatic UniqMy Profile

    9 September 2015 at 6:13 pm
    • Reply Ros

      petua kulit pisang tu berkesan juga. cubalah nanti. 🙂

      11 September 2015 at 7:53 am
  • Reply titan

    orang perempuan memang tak suka kalau ada parut jerawat berlubang-lubang nih..
    titan recently posted… Hadiah hari jadi TERBAIK untuk bini tercinta.My Profile

    8 November 2015 at 9:14 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge