Follow:
Parenting

Cara Galakkan Anak Bercakap Dengan Ibubapa Dari Kecil

Assalamualaikum

Pernah tak anda dengar tentang perkara ni, kalau kita tak beri perhatian kepada perkara kecil yang anak kecil beritahu kita, jangan harap mereka akan beritahu kita tentang perkara besar bila mereka dah besar nanti. Bila difikirkan balik, ada logiknya. Kalau waktu mereka kecil, kita tak mendengar luahan mereka, waktu besar nanti macam mana mereka nak beritahu kita kan.

cara galakkan anak bercakap

Jom tengok 5 cara galakkan anak bercakap dengan ibu bapa

 

1. Pandang anak ketika dia bercakap

Semasa anak nak bercakap dengan kita, hentikan apa yang sedang anda lakukan. Kalau tengah potong bawang, berhenti potong seketika. Rendahkan diri anda atau duduk sama level dengan anak. Dengar keluhan dia. Kadang-kadang anak datang nak mengadu.

Macam Maryam datang ke dapur sambil menangis buat muka sedih, kadang-kadang sebab Luqman kacau dia. Kadang-kadang sebab dah bosan main nakkan perhatian. Walaupun tak pandai cakap lagi, tapi dari mimik muka dia, Ros tahu.

 

 

2. Beri respon seperti angguk atau cakap wow, betul ke? lepas tu apa berlaku?

Selepas anak habis bercakap, beri respon dengan menggangguk. Kalau apa yang diceritakan menarik, anda boleh cakap “Wow”, “Betul ke?”. Bila anda bagi respon macam tu, mesti anak lebih teruja nak sambung ceritanya. Tanya lagi apa yang berlaku selepas tu untuk teruskan anak bercerita.

 

 

3. Tunjukkan bahawa anda faham

Ulang apa yang anak beritahu anda sebagai tanda anda faham. Sebagai contoh kalau anak mengadu terjatuh. Anda boleh ulang, tadi abang tengah main basikal, lepas tu terlanggar batu sebab tu terjatuh.

 

4. Elakkan soalan yang menjurus kepada jawapan ya atau tidak

Kalau nak anak terus bercerita, tanya soalan yang open-end. Kalau tanya soalan yang jawapannya ya atau tidak, pasti perbualan itu tamat. Tanyakan apa yang berlaku selepas itu. Kenapa perkara itu berlaku?

 

 

5. Beri masa untuk anak bercakap

Kadang-kadang anak perlukan masa untuk berfikir dan menyusun perkataan. Lebih-lebih lagi yang baru pandai bercakap. Kalau dia hadapi kesukaran, anda boleh cuba cakap satu dua perkataan untuk menolong.

Elakkan daripada mengkritik atau tidak memahami perasaan mereka. Mereka juga ada perasaan sama seperti kita yang dewasa, Kalau mereka sedih, cuba untuk memahami. Beritahu apa yang perlu mereka lakukan untuk hilangkan rasa sedih.

 

Bila anak dah banyak cakap, banyak pula tanya.. baca << Apa yang perlu anda lakukan bila anak banyak bertanya >>

 

Sama-sama kita belajar untuk mendidik anak-anak. Semoga mereka menjadi saham akhirat yang akan mendoakan kita nanti.

signature Ros Ahmad1

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

2 Comments

  • Reply Ibu Zarith

    Tengkiu tips ni kak ros. Dalam fasa melatih Zayra bercakap 2 patah perkataan, asyik sepatah-sepatah jek die cakap hihi
    Ibu Zarith recently posted… 9 Cara Mengurangkan Sakit Tulang Punggung Ketika Hamil Atau Selepas BersalinMy Profile

    23 November 2015 at 12:50 pm
    • Reply Ros

      Maryam tak sebut lagi “Ummi” dengan “Abi”. Tak sabar nak tunggu dia sebut.

      24 November 2015 at 8:57 am

    Leave a Reply

    CommentLuv badge