Follow:
Berpantang, Tips

Cara Elak Meroyan Selepas Bersalin- Apa Suami Boleh Bantu

Assalamualaikum

 

Selepas bersalin, mungkin ada yang fikir, semuanya akan berjalan lancar. Tiada lagi loya-loya, lenguh-lenguh badan, kebas kaki yang biasa dialami ketika hamil. Tetapi sebenarnya ibu yang baru lepas bersalin akan mengalami situasi lain pula. Ibu baru bersalin berhadapan dengan gangguan tidur, letih melampau, kemurungan dan cepat marah.

 

Ros dahulu selepas bersalin anak pertama amat tertekan. Dahlah jahitan lambat sembuh, anak kuning lama sehingga ditahan wad. Tiba waktu malam, anak menangis. Siang pula anak tidur sekejap-sekejap. Rasa penat sangat. Mujur Ros berpantang di kampung. Ada juga mak dan adik-adik yang tengok-tengok kan anak Ros. Suami juga amat memahami. Tanpa mereka, Ros rasa boleh meroyan.

<< Cara Menjaga Luka Bersalin Normal >>

 

cara elak meroyan selepas bersalin

Cara Elak Meroyan Selepas Bersalin

 

1. Berehat ketika bayi tidur

Semasa bayi tidur, ibu baru bersalin perlu tidur juga. Kalau tak boleh tidur, anda patut berbaring di atas katil. Dengan berbaring, sekurang-kurang anda dapat berehat juga. Di waktu malam, bayi akan kerap terjaga untuk menyusu. Oleh itu, memang orang-orang dahulu akan suruh ibu baru bersalin tidur ketika bayi tidur.

 

Peranan suami:

Di waktu malam, ketika isteri bangun untuk menyusukan anak, suami boleh menolong meletakkan bantal di belakang isteri untuk mendapatkan posisi yang selesa. Selepas habis menyusu, suami juga boleh tolong sendawakan bayi.

<< Cara Sendawakan Bayi >>

 

Bila isteri tengok suami juga berjaga bersama-sama, pasti si isteri tidak terlalu stress.

 

 

2. Pastikan ibu baru bersalin tidak keseorangan

Semasa berpantang anak pertama, suami Ros berulang alik ke kampung pada hujung minggu untuk menjenguk kami di kampung. Di hari lain, mak Ros akan tidur di bilik Ros. Kalau Luqman menangis walaupun dah menyusu, mak Ros yang akan cuba pujuk Luqman.

Kali pertama menjadi ibu, bila anak menangis tanpa henti, rasa stress sangat. Tak tahu apa yang perlu dibuat. Kalau Ros sorang-sorang tak tahu lah macam mana.

 

Peranan suami:

Kalau anda outstation, minta bantuan ahli keluarga seperti mak atau kakak untuk temankan isteri semasa ketiadaan anda. Usah biarkan isteri kesorangan menguruskan bayi. Lebih-lebih lagi berpantang anak pertama.

 

 

3. Luahkan perasaan

Kalau anda rasa stress, luahkan perasaan anda kepada suami. Usah biarkan diri stress sorang-sorang. Suami mungkin boleh menolong anda sedikit sebanyak.

Di awal kelahiran bayi, anda mungkin stress kerana susu tidak keluar lagi. Orang di sekeliling mula menyuruh anda memberi susu formula. Beritahu suami yang anda hendak menyusukan bayi dengan susu ibu. Minta suami memberitahu secara berhemah kepada mereka yang menyuruh berikan susu formula.

<< Makanan Penggalak Susu Ibu >>

 

Peranan suami:

Dengar luahan isteri anda. Beri sokongan yang padu. Jika melibatkan ahli keluarga, beritahu secara baik supaya tiada salah faham.

 

 

4. Makanan yang seimbang dan kaya dengan Vitamin B

Ibu baru bersalin perlu memastikan menu berpantang mengandungi Vitamin B kerana Vitamin B boleh mengurangkan stress. Semasa berpantang anak kedua, Ros mengamalkan supplement B-Complex Shaklee. Memang tak sestress semasa berpantang anak pertama. Alhamdulillah. Syukur.

Walaupun ada sesetengah makanan perlu dielakkan semasa berpantang, ada makanan lain yang boleh dimakan agar anda masih mendapat nutrisi untuk memulihkan diri sendiri dan juga untuk menyusukan bayi.

 

Peranan suami:

Masakkan menu berpantang yang mengandungi zat yang seimbang. Ambil tahu makanan yang dilarang untuk ibu beru bersalin.

 

Kalau berkemampuan suami boleh belikan supplement B-Complex untuk isteri anda. Takdelah mahal mana pun kalau nak bandingkan dengan kesihatan emosi isteri anda- Si dia yang telah mengandungkan bayi anda selama 9 bulan, bertaruh nyawa untuk melahirkan bayi kemudian berpantang untuk memulihkan kembali dalaman dan luaran untuk anda. Lagi best kalau anda belikan Set Bersalin Premium untuk isteri.

 

Apa-apa pun, isteri banyak berkorban untuk melahirkan zuriat anda. Hargai isteri anda.  🙂

signature Ros Ahmad1

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge