Bagaimanakah Cara Cepatkan Proses Kelahiran?

Assalamualaikum

Orang kata bersalin anak pertama mengambil masa yang lama iaitu lebih kurang 8 jam. Jika pernah melahirkan anak sebelum ini, proses kelahiran biasanya berlaku lebih cepat. Proses kelahiran biasanya dikira dari saat anda merasa kontraksi yang sebenar. Bagi doktor, proses kelahiran akan dikira bila bukaan serviks sudah 3 hingga 4 cm. Bagaimanakah cara cepatkan proses kelahiran?

Ketika Ros nak bersalinkan anak pertama , Luqman, kontraksi pertama yang Ros rasa selepas 3 kali diinduce adalah pada pukul 12 tengahari. Ros masuk labor room pukul 5:30 petang. Nak dekat pukul 6 petang bersalin.

Ketika anak kedua, Maryam, pukul 10 pagi datang check-up, bukaan serviks sudah 4 cm. Pukul 2:30 petang macam tu check balik, bukaan dah 8 cm. Terus kena tolak masuk labor room. Pukul 2:45 Ros selamat bersalin. Memang tak dinafikan proses bersalin anak kedua lebih cepat.

cara cepatkan proses kelahiran

Jika anda bakal bersalin tak lama lagi, cuba cara cepatkan proses kelahiran yang Ros kongsikan di bawah.

Cara Cepatkan Proses Kelahiran

1. banyakkan berjalan di sekitar hospital

Pergerakan yang banyak akan mempercepatkan proses kelahiran.

 

2. Telefon mak, ayah dan mertua

Sementara menunggu bukaan menjadi lebih besar, telefon mak, ayah dan mertua untuk beritahu anda mungkin akan bersalin hari itu. Minta maaf dengan mereka dan minta mereka doakan proses bersalin anda dipermudahkan.

 

3. tukar posisi selalu jika duduk di katil

Bila dah sakit sangat tu, Ros akan selalu tukar posisi. Sekejap mengiring ke kanan, sekejap ke kiri.

 

4. Berzikir dan baca surah permudahkan proses kelahiran seperti Surah Maryam, Surah Yusof dan Surah Yassin

Sambil menahan sakit kontraksi, baca apa-apa surah yang mampu. Berzikir banyak-banyak. Husband pun boleh baca sementara menunggu di ruang menunggu.

Semasa nak bersalinkan Maryam, habis je husband Ros baca Surah Maryam, terus beliau kena panggil masuk labor room. 🙂

 

5. buang air kecil dengan kerap

Dalam labor room, nurse ada tanya Ros dah buang air kecil ke belum. Dia cakap, kalau nak buang, buang je sekarang. Kalau terasa nak buang air besar pun, buang je atas katil tu.

 

6. praktikkan teknik-teknik pernafasan

Kalau anda pergi ke kelas antenatal, anda boleh buat teknik-teknik pernafasan yang diajar semasa kelas.

Di minggu-minggu terakhir kehamilan, pastikan anda berada dalam keadaan yang sihat. Jom cungkil rahsia ibu hamil dalam video di bawah, bagaimana beliau kekal cergas di trimester ketiga.

Jangan lupa pack barang untuk dibawa ke hospital. Sediakan juga satu beg plastik diisi dengan 5 barang untuk dibawa masuk labor room. Usah stress-stress ye. InsyaAllah dipermudahkan proses kelahiran anda. Selamt berpantang dengan pilihan set bersalin anda.

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

6 Comments


    1. Semoga dipermudahkan proses kelahiran mama chantique nanti.

      Reply

  1. perkogsian berguna untuk org cm gee yg lom ade pglmn ni..tgl tgu tanda2 besalin..

    Reply


Leave a Reply to MaMa Chantique Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge