Follow:
Anak-anak, Tips

Cara Buat Minyak Bawang Putih Untuk Atasi Selesema Dan Batuk Anak

Assalamualaikum

Baru-baru ni Luqman dan Maryam selsema dan batuk. Ros bawa mereka berdua jumpa doktor untuk check paru-paru samada kena infection ke tak. Biasa lah lepas jumpa doktor, Ros akan simpan ubat tu dulu. Ros akan cuba sembuhkan secara alami dahulu terutamanya Maryam yang baru masuk 10 bulan.

Untuk rawat dan selsema mereka, Ros akan buat minyak bawang putih. Bawang putih merupakan antibiotik semulajadi. Sangat digalakkan untuk makan bawang putih banyak-banyak bila tak sihat.

2 Cara Buat Minyak Bawang Putih:

Cara 1:

  1. Ambil beberapa ulas bawang putih dan ketuk sedikit
  2. Tak perlu buang kulit
  3. Cucuk dengan garfu dan bakar di atas dapur
  4. Bila kulit dah nak hangus, tutup api
  5. Hiris nipis bawang putih tadi
  6. Masukkan dalam bekas tupperware
  7. Tambah minyak zaitun
  8. Ramas-ramas sikit bawang putih tu supaya bercampur dengan minyak tadi

 

Cara 2:

  1. Ambil beberapa ulas bawang putih dan ketuk sedikit
  2. Tak perlu buang kulit
  3. Goreng tanpa minyak di dalam periuk kecil
  4. Bila dah nak hangus, tutup api
  5. Masukkan dalam bekas tupperware
  6. Tambah minyak zaitun
  7. Ramas-ramas sikit bawang putih tu supaya bercampur dengan minyak tadi

Kalau takde minyak zaitun, anda boleh guna minyak masak. Ros pernah baca ada juga orang guna minyak kelapa dara.

Ros suka buat sikit-sikit. Kalau Ros simpan, ia tahan untuk 3 hari. Selepas tu, biasa Ros akan buang dan buat baru jika perlu.

 

Cara Guna Minyak Bawang Putih:

Sapu di belakang betis, dada, belakang badan dan juga tapak kaki anak.

Boleh juga sapu di hidung mereka. Yang ni, Ros akan sapu bila mereka leka sikit atau sedang tidur.

Kerapkan sapu minyak bawang putih ini. InsyaAllah akan berkurangan selsema dan batuk mereka.

 

Sebagai ibu menyusu, Ros akan ambil supplement Garlic Complex dan juga Vitamin C untuk diri Ros. Maryam turut dapat khasiat ni melalui susu ibu. Untung sebenarnya kalau kita menyusukan anak. Sekurang-kurangnya kita boleh berusaha sama untuk pulihkan selsema dan batuk anak.

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

4 Comments

  • Reply Ibu Zarith

    Terbaik la bawang putih, berkesan dan menjimatkan =)
    Ibu Zarith recently posted… Selamat Datang July 2015My Profile

    2 July 2015 at 6:42 pm
    • Reply Ros

      Aah Zarith. Jimat.

      3 July 2015 at 4:39 pm
  • Reply Ila Halilah

    pernah juga guna minyak bawang putih masa mengurut dalam pantang. Memang rasa segar satu badan. Terbaiklah bawang putih!
    Ila Halilah recently posted… 8 Perkara Yang Harus Dilakukan Sebaik Sahaja Disahkan HamilMy Profile

    2 July 2015 at 11:44 pm
    • Reply Ros

      Belum pernah lg Ros cuba sapu minyak bawang putih dlm pantang. Boleh cuba nanti.

      3 July 2015 at 4:39 pm

    Leave a Reply

    CommentLuv badge