Barang Keperluan Ibu Menyusu Outstation Supaya Tak Perlu Bermarmet

Assalamualaikum

Walaupun bekerja sebagai jurutera, Ros jarang kena outstation. Setahun mungkin dalam 3 kali je kena outstation lama-lama. Untuk panduan ibu-ibu di luar sana yang selalu outstation, Ros nak kongsikan senarai barang keperluan ibu menyusu outstation.

Barang Keperluan Ibu Menyusu Outstation

Jom tengok barang yang perlu dibawa oleh ibu menyusu ketika outstation:

  1. Breast pump
  2. Cooler bag
  3. Pump charger
  4. Cooler box
  5. Ice pack
  6. Storage bottle
  7. Storage Plastic
  8. Nursing cover
  9. Tuala kecil
  10. Garam kasar
  11. Cecair pencuci botol dan berus

Pump charger amatlah penting bagi Ros. Kalau anda tak nak bawa, pastikan charge sampai penuh pump anda. Ros biasanya akan bawa sebab selalu ter on pump sebab letak dalam beg. Kalau tinggal charger, kena guna teknik Marmet la nampak gayanya.

Kalau outstation, Ros akan bawa 2 atau 3 ice pack. Ice pack yang biasa Ros guna untuk cooler bag Maryam pun Ros akan bawa. Sebabnya, sepanjang outstation Maryam akan dijaga oleh mak Ros di rumah. Siap kadang-kadang tu Ros pinjam ice pack dari rakan sekerja yang dah tak mengepam lagi.

Ros gunakan garam kasar untuk lambatkan ais cair. Sebelum pulang, Ros akan isikan cooler box dengan ais. Untuk melambatkan ais tu dari cair, Ros akan tabur garam sebelum susun storage plastic. Ruang-ruang yang ada selepas isi storage plastic, Ros akan isi dengan ais dan ice pack. Lepas tu, baru Ros tutup dengan towel kecil.

Semoga bermanfaat untuk ibu yang bakal outstation. Jemput kongsikan dengan rakan-rakan yang lain untuk manfaat bersama ye.

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

2 Comments



  1. breastpump yg boleh beroperasi dengan bateri memang sangat memudahkan. Dalam kereta pun boleh pam (penumpang la)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge