13 Barang Keperluan Bayi Baru Lahir Yang Patut Anda Sediakan

Assalamualaikum

Semua ibu bapa amat teruja bila dikhabarkan akan menimang cahaya mata tak lama lagi. Bertambah teruja bila nampak baju newsborn yang comel-comel kan. Rasa macam nak beli semua. Sebelum anda terlebih shopping, eloklah anda semak senarai barang keperluan bayi baru lahir dahulu.

barang keperluan bayi baru lahir

Barang Keperluan Bayi Baru Lahir

 

1. Baju bayi

Ros sediakan beberepa helai baju berlengan pendek dan panjang. Dapatkan yang jenis berbutang di hadapan supaya senang dipakaikan. Baju yang jenis berlubang-lubang juga sesuai kerana cuaca sekarang kan panas.

2. Sarung tangan dan kaki

Kaki bayi hendaklah sentiasa dipakaikan sarung kaki untuk mengelakkan angin daripada masuk.  Sarung tangan pula akan melindungi kulit bayi dari kukunya.

3. Topi bayi

Ubun-ubun bayi masih lembut. Dengan memakai topi, ia mengelakkan angin daripada masuk.

4. Tilam

Tilam jenis kekabu amat selesa dan sejuk untuk bayi baru lahir.

5. Bedung

Ros guna bedung Gugu. Mudah dipakai kerana jenis berzip. Material kainnya juga sejuk.

6. Tikar getah

Tikar digunakan untuk melapik tilam semasa menukar lampin dan semasa memakaikan pakaian bayi selepas mandi.

7. Barut

Barut juga penting untuk elakkan kembung perut. Sapukan dahulu minyak telon sebelum memakaikan barut.

8. Tuala

Dapatkan yang jenis lembut kerana kulit bayi baru lahir masih lembut dan sensitif.

9. Pampers /  Cloth Diaper

Sediakan pampers newsborn atau cloth diaper bersaiz NB.

10. Besen mandian

Yang ni Ros hanya gunakan besen biasa yang muat diletakkan di dalam sinki. Besen mandian yang Ros beli terlalu besar. Kena tunggu anak besar sikit baru boleh guna.

11. Termometer

Termometer amat penting untuk memeriksa suhu badan bayi. Jika anak demam, pastikan suhu tidak melebihi dari 38 darjah.

12. Kelambu

Ros berpantang di kampung. Memang perlu ada kelambu untuk elakkan dari gigitan nyamuk dan serangga lain. Selain daripada tu, boleh juga digunakan untuk elak silau.

13. Minyak Telon, Losyen

Minyak telon yang Ros suka adalah minyak TYT sebab tak panas sangat. Ada lagi jenama lain di pasaran.

Bagaimanakah persediaan anda?

Dah terlebih barang? Ros faham sangat kerana pertama kali nak jadi ibu memang teruja nak shopping barang baby. Waktu anak pertama dulu, memang banyak juga Ros shopping untuk Luqman. Anak kedua ni dah kurang sikit. Guna yang mana boleh. Maryam umur 6 bulan baru pakai baju gegirl. 🙂

Selain barang keperluan di atas, adakah anda sudah tahu tentang penyusuan susu ibu? Semasa Ros mengandungkan Luqman, lagi sebulan nak bersalin baru Ros gali ilmu penyusuan. Sebabnya waktu itu, Ros lebih memikirkan pasal baju-baju bayi. Hakikatnya, penyusuan susu ibu 6 bulan pertama itu sangat penting dalam kehidupan bayi. Alhamdulillah berjaya juga Ros menyusukan Luqman sehingga 2 tahun lebih.

Selain barang keperluan bayi baru lahir, jangan lupa beli Set Berpantang untuk kegunaan anda semasa berpantang nanti. Waktu berpantang anak pertama, Ros kurang puas hati dengan set berpantang yang Ros guna. Waktu berpantang anak kedua pula, memang best! Harapnya, anda juga tak tersalah pilih Set Berpantang.

 Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

10 Comments



    1. bagus lah dkna makan full set. Ros dulu preggy anak pertama tak kenal shaklee lagi.

      Reply

    1. Seronokkan shopping barang baby.
      Dah banyak beli pun, rasa nak membeli lagi. Huhuhu

      Reply

    1. sama-sama sis.
      Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu lain juga. 🙂

      Reply

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge