Assalamualaikum
Semua ibu bapa amat teruja bila dikhabarkan akan menimang cahaya mata tak lama lagi. Bertambah teruja bila nampak baju newsborn yang comel-comel kan. Rasa macam nak beli semua. Sebelum anda terlebih shopping, eloklah anda semak senarai barang keperluan bayi baru lahir dahulu.
Barang Keperluan Bayi Baru Lahir
1. Baju bayi
Ros sediakan beberepa helai baju berlengan pendek dan panjang. Dapatkan yang jenis berbutang di hadapan supaya senang dipakaikan. Baju yang jenis berlubang-lubang juga sesuai kerana cuaca sekarang kan panas.
2. Sarung tangan dan kaki
Kaki bayi hendaklah sentiasa dipakaikan sarung kaki untuk mengelakkan angin daripada masuk. Sarung tangan pula akan melindungi kulit bayi dari kukunya.
3. Topi bayi
Ubun-ubun bayi masih lembut. Dengan memakai topi, ia mengelakkan angin daripada masuk.
4. Tilam
Tilam jenis kekabu amat selesa dan sejuk untuk bayi baru lahir.
5. Bedung
Ros guna bedung Gugu. Mudah dipakai kerana jenis berzip. Material kainnya juga sejuk.
6. Tikar getah
Tikar digunakan untuk melapik tilam semasa menukar lampin dan semasa memakaikan pakaian bayi selepas mandi.
7. Barut
Barut juga penting untuk elakkan kembung perut. Sapukan dahulu minyak telon sebelum memakaikan barut.
8. Tuala
Dapatkan yang jenis lembut kerana kulit bayi baru lahir masih lembut dan sensitif.
9. Pampers / Cloth Diaper
Sediakan pampers newsborn atau cloth diaper bersaiz NB.
10. Besen mandian
Yang ni Ros hanya gunakan besen biasa yang muat diletakkan di dalam sinki. Besen mandian yang Ros beli terlalu besar. Kena tunggu anak besar sikit baru boleh guna.
11. Termometer
Termometer amat penting untuk memeriksa suhu badan bayi. Jika anak demam, pastikan suhu tidak melebihi dari 38 darjah.
12. Kelambu
Ros berpantang di kampung. Memang perlu ada kelambu untuk elakkan dari gigitan nyamuk dan serangga lain. Selain daripada tu, boleh juga digunakan untuk elak silau.
13. Minyak Telon, Losyen
Minyak telon yang Ros suka adalah minyak TYT sebab tak panas sangat. Ada lagi jenama lain di pasaran.
Bagaimanakah persediaan anda?
Dah terlebih barang? Ros faham sangat kerana pertama kali nak jadi ibu memang teruja nak shopping barang baby. Waktu anak pertama dulu, memang banyak juga Ros shopping untuk Luqman. Anak kedua ni dah kurang sikit. Guna yang mana boleh. Maryam umur 6 bulan baru pakai baju gegirl. 🙂
Selain barang keperluan di atas, adakah anda sudah tahu tentang penyusuan susu ibu? Semasa Ros mengandungkan Luqman, lagi sebulan nak bersalin baru Ros gali ilmu penyusuan. Sebabnya waktu itu, Ros lebih memikirkan pasal baju-baju bayi. Hakikatnya, penyusuan susu ibu 6 bulan pertama itu sangat penting dalam kehidupan bayi. Alhamdulillah berjaya juga Ros menyusukan Luqman sehingga 2 tahun lebih.
Selain barang keperluan bayi baru lahir, jangan lupa beli Set Berpantang untuk kegunaan anda semasa berpantang nanti. Waktu berpantang anak pertama, Ros kurang puas hati dengan set berpantang yang Ros guna. Waktu berpantang anak kedua pula, memang best! Harapnya, anda juga tak tersalah pilih Set Berpantang.
Ros Ahmad
019-367 3245
Shaklee ID: 1134 656
Permalink
terbaik..tq2 sebab bagi ilmu yg berguna ni..
mazlan recently posted… Cetakan Baju-Beza Cetakan Heat Press Dan Silkscreen
Permalink
Betul tu kak ros, zarith pon suka pakai gugu. senang kan?baby pon selesa sebab nipis jek
Ibu Zarith recently posted… Senarai Barang Keperluan Bersalin Untuk Dibawa Ke Hospital
Permalink
Permalink
masa preggy dulu dkna makan full set shaklee 🙂
Dkna Abza recently posted… Promosi Merdeka Ephyra 2015
Permalink
bagus lah dkna makan full set. Ros dulu preggy anak pertama tak kenal shaklee lagi.
Permalink
seronoknya..tak sabar bila baca ni
Permalink
Seronokkan shopping barang baby.
Dah banyak beli pun, rasa nak membeli lagi. Huhuhu
Permalink
memang beli kelambu terus bila tetiba anak kena gigit nyamuk.
geram plak tengok bekas gigitan tu.
syukur dah hilang dah sekarang.
titan recently posted… Hadiah hari jadi TERBAIK untuk bini tercinta.
Permalink
List yang komprehensif dan terbaik, thanks sharing info ye sis.
Sensistop Beauty recently posted… Nursing Bra Murah Bawah RM50
Permalink
sama-sama sis.
Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu lain juga. 🙂