Follow:
Bisnes

Bagaimana Pembelian Secara Online Bantu Bisnes Saya Berkembang?

Assalamualaikum

Pembelian produk Shaklee boleh dibuat secara online. Mudahkan.. Pembelian secara online ni juga bantu bisnes Ros berkembang tau. Bagaimana tu?

 

pembelian secara online

Walaupun tak banyak cawangan Shaklee ada di Malaysia, tapi disebabkan servis yang Shaklee sediakan sangat tip-top, ramai pengedar Shaklee di negeri yang takde cawangan boleh mengembangkan bisnes mereka.

 

Ros pun jarang ke HQ Shaklee yang terletak di Sunway Pinacle. Kalau ada seminar atau program di sana yang Ros join, baru Ros membeli-belah produk Shaklee untuk customer atau untuk stok sendiri.

 

Selain ke cawangan untuk membeli produk, pembelian juga boleh dilakukan secara online oleh semua ahli Shaklee melalui Shaklee2u.com.my. Hanya login menggunakan ID Shaklee anda dan anda boleh terus order produk Shaklee.

 

Bagi yang berbisnes, pembelian secara online sangat membantu untuk mengembangkan bisnes anda terutamanya mereka yang baru bermula.

  • tidak perlu simpan stok

Bagi yang baru nak bermula, modal pun takde. Tak perlu bimbang. Lepas customer buat pembayaran, anda boleh terus order online. Shaklee yang akan bungkuskan dan poskan ke alamat customer anda.

Anda juga tak perlu simpan stok untuk produk yang mahal harganya seperti Vivix atau produk yang anda jarang jual. Sebagai contoh, kepakaran anda adalah Set Kecantikan dan Set Bersalin, jadi anda tak perlu simpan stok untuk Set Darah Tinggi. Tetapi andai kata customer anda perlukan set tersebut, order sahaja online. 🙂

 

  • rekod pembelian sebelum ini

Dalam Shaklee2u.com.my ada tab untuk melihat semula sejarah pembelian anda sebelum ini. Semua invoice tersimpan dalam Shaklee2u.com.my ini. Andai kata customer anda repeat order dan minta diposkan ke alamat yang sama, anda boleh cari alamat beliau di sini juga.

 

  • penggunaan eSell dalam entri blog

Esell ini fungsinya seperti shopping chart. Anda boleh letak di akhir entri blog anda. Bila customer ingin membeli terus selepas baca entri anda, dia akan klik di situ. Seterusnya dia akan dibawa ke laman Shaklee2u.com.my dan order produk yang dikehendakinya. Customer akan membayar harga retail terus kepada Shaklee. Keuntungan runcit akan diberikan kepada pengedar Shaklee serentak dengan hari bonus.

 

  • mudah bila outstation atau stok tidak ada bersama

Ada masanya anda perlu outstation atau travel ke mana-mana. Tetapi jika customer perlukan produk Shaklee, anda masih boleh order online untuk mereka. Asalkan ada internet, anda boleh order online melalui Shaklee2u.com.my dari mana-mana di dunia ini. Tiada sebab anda bercuti, tetapi tidak boleh buat bisnes Shaklee.

 

Ada banyak lagi kelebihan bila buat pembelian secara online ni. Selain menjimatkan masa kerana pembungkusan dilakukan oleh Shaklee, tidak perlu ke pejabat pos, anda boleh gunakan masa yang dijimatkan tersebut untuk buat marketing, promote blog dan sebagainya.

 

Nak tahu lebih lanjut lagi, meh lah whatsapp Ros di 019-367 3245.

signature Ros Ahmad1

#anakkuwirakushaklee

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

2 Comments

  • Reply jida

    Terbaiklah. Yang penting ada telefon/laptop dan talian internet je. Santai2 je pun boleh uruskan bisnes juga.
    jida recently posted… Kulit Makin Cantik dan Sakit Sendi Hilang dengan VivixMy Profile

    5 August 2016 at 9:42 am
  • Reply titan

    online lebih mudah.

    tapi yang offline pun jangan dilupakan.

    dua-dua ada kelebihan.
    titan recently posted… The pain of being IGNORED.My Profile

    11 August 2016 at 4:13 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge