Follow:
Produk Get Clean

Bagaimana Nak Basuh Sayur Dan Buah Dengan Bersih?

Assalamualaikum

 

Mesti anda sedia maklum yang sayur yang kita makan sehari-hari perlu dibersihkan sebersih-bersihnya. Lebih-lebih lagi yang jenis berdaun kerana kita makan daun dan batangnya.

 

Kalau jenis berkulit tu, bila kulitnya dibuang kuranglah sikit kotorannya. Namun, masih perlu dibersihkan dengan betul tau.

 

 

Jika kita tidak membersihkan sayur dengan betul, besar kemungkinan kotoran seperti baja, racun dan tanah akan masuk terus ke dalam badan kita.

 

Kalau ada rezeki lebih, pilihlah sayur-sayuran dan buah-buahan organik untuk mengurangkan pendedahan kepada bahan kimia berbahaya ni.

 

Bila nak masak sayur berdaun macam sawi ni, Ros suka rendam sekejap dalam air yang dititiskan dengan Basic H.

 

Bila rendam sayur dalam air Basic H ni, akan keluarlah segala kotoran seperti racun dan baja. Anda akan perasan, air pun akan keruh sedikit dan ada kotoran terapung.

 

Kalau sayur berdaun anda agak layu, selepas direndam sekejap, daun akan jadi lebih segar tau. Jadi, sayur yang layu jangan dibuang. Segarkan semula dengan merendam lebih kurang 5 minit dalam air yang dititiskan Basic H.

 

Basic H ni merupakan pencuci serbaguna yang dihasilkan daripada bahan semulajadi seperti jagung dan kelapa. Ianya selamat, tidak bertoksik, tanpa bahan kimia berbahaya serta tanpa klorin dan fosfat.

 

Basic H juga sesuai digunakan untuk basuh buah. Titiskan beberapa titik Basic H ke dalam besen berisi air. Kemudian rendamkan buah-buahan anda sebentar. Segala wax atau lilin yang biasa ada di permukaan epal dan pir akan tertanggal. Akhir sekali, bilas dengan air bersih.


Jadinya, sayur-sayuran dan buah-buahan anda lebih bersih dan selamat untuk dimakan. 🙂

Share on
Previous Post Next Post

1 Comment

  • Reply Ibu Zarith

    Memang wajib ada kat rumah basic H ni, pelbagai kegunaan kan
    Ibu Zarith recently posted… 11 Makanan Supaya Cepat Hamil Yang Sangat Mudah DiamalkanMy Profile

    10 January 2017 at 2:41 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge