Follow:
Resepi

Avocado- Makanan Pejal Pertama Bayi Yang Mudah Disediakan

Assalamualaikum

Beberapa hari yang lepas, Maryam masuk umur 6 bulan. Syukur Alhamdulillah. Maryam sihat walafiat. Walaupun pernah demam biasa dan dah kena demam campak, Maryam belum pernah diberi ubat. Hanya susu ibu sahaja untuk menguatkan sistem imunisasi badan Maryam. 🙂 Disebabkan Maryam menunjukkan tanda-tanda nak makan dah, asyik terliur je tengak Ummi, Abi dan Abang Luqman makan, masuk umur 6 bulan Ros bercadang nak bagi makanan pejal pertama bayi kepada Maryam.

avocado makanan pejal pertama bayi

Kenapa Avocado menjadi pilihan ibu-ibu sebagai makanan pejal pertama bayi?

1. tidak perlu dimasak

2. hanya perlu lenyek atau guna blender

3. kaya dengan lemak dan Omega-3 yang penting untuk perkembangan otak bayi

4. mengandungi mineral lain seperti serat, folat, Vitamin A, C, E, zat besi dan potassium

Cara Penyediaan Puri Avocado

Penyediaan puri avocado adalah sangat mudah. Jom kita tengok bagaimana nak sediakan puri avocado.

  • potong avocado kepada dua bahagian
  • keluarkan biji mengunakan pisau
  • gunakan sudu untuk korek isi avocado yang dah masak
  • lenyek menggunakan belakang garfu. Boleh juga diblend
  • sebelum beri kepada bayi, masukkan expressed breastmilk supaya tidak terlalu pekat

Makanan pertama bayi seharusnya cair sebagai pengenalan kepada makanan pejal. Bayi 6 bulan hanya minum susu sahaja sebelum ini. Oleh itu, makanan pejal pertama mereka haruslah pekat sedikit dari susu. Selepas mereka sudah boleh menerima tekstur tersebut, barulah kepekatan ditambah sedikit demi sedikit.

Sebiji avocado kalau blend mesti tak habis punya. Ros akan kongsikan bagaimana nak simpan homemade solid food nanti.

Sewaktu kali pertama suap Maryan dengan puri avocado tu, Maryam macam seronok je nak makan. Sampaikan mangkuk pun nak pegang sendiri. Cepat je dia buka mulut. Esoknya bila suap puri avocado lagi, Maryam macam dah tak teruja. Rasa sikit je lepas tu tak nak dah.  Huhuhu.

Ibu-ibu jangan kecewa kalau anak anda menolak macam Maryam ni. Biasa lah mereka baru nak belajar makan. Teruskan beri mereka makanan pejal. Pastikan anda tunggu 4 hari dulu baru perkenalkan makanan lain.

maryam makanan pejal pertama

Comel pulak tengok reaksi Maryam rasa puri avocado. 🙂 Hihihi. Biasalah Ummi yang teruja lebih bila Maryam dah boleh makan.

Walaupun kita dah bagi makanan pejal kepada bayi, marilah kita sama-sama teruskan penyusuan susu ibu kepada anak tersayang. Ingat konsep Supply vs Demand. Rutin mengepam mesti diteruskan seperti biasa.

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

1 Comment

  • Reply Sayur atau Buah? Yang Mana Patut Diberi Dahulu Kepada Bayi 6 Bulan. | Coretan Ros Ahmad

    […] pertama Maryam ialah avocado. Lepas tu Ros ada buat puri yang lain untuk Maryam. Orang kata, beri bayi makan sayur dahulu […]

    16 April 2015 at 9:55 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge