Apa Yang Perlu Anda Lakukan Bila Anak Banyak Bertanya?

Assalamualaikum

Bercakap atau bertutur merupakan satu perkembangan bahasa bagi seseorang kanak-kanak. Kebiasaannya kanak-kanak berusia 3 tahun akan bertutur dengan menggunakan 3 patah perkataan sementara kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke atas akan menggunakan lebih banyak perkataan dalam satu ayat.

bila anak banyak bertanya

Apa yang perlu anda lakukan bila anda banyak bertanya?

1. menjadi pendengar yang baik

Ibu bapa perlu memberi perhatian ketika anak mengajukan soalan. Dengar dan fahami apa yang anak ingin tahu mengenai sesuatu. Pandang wajah mereka dan tunjukkan minat anda untuk mendengar apa yang mereka katakan. Itu akan membuatkan mereka rasa dihargai di samping mewujudkan komunikasi 2 hala.

Bila kita menjadi pendengar yang baik, anak akan turut mencontohi kita. Mereka senang mendengar cakap kita.

2. memberikan jawapan yang ringkas

Untuk menjawab soalan anak, gunakan bahasa yang mudah difahami oleh mereka serta ringkas. Jawablah dengan logik sesuai dengan usia mereka. Elakkan dari memberi fakta yang salah.

Seperti anda memberi arahan kepada anak, arahan juga hendaklah ringkas.

3. sabar melayan soalan anak

Satu demi satu soalan akan dilontarkan oleh anak. Bersabarlah menjawab soalan mereka. Usah matikan rasa ingin tahu mereka dengan menyuruh mereka diam. Peringkat umur 3-4 tahun adalah sensitive period untuk anak menyerap segala informasi di sekeliling mereka.

Kadang-kadang tu memang sampai Ros tak terlayan nak jawab soalan Luqman. Ros akan minta tolong husband jawabkan. 🙂

Tahukah anda anak yang banyak bertanya lebih cerdas dan pandai bersosial?

4. minta anak mengulangi jawapan

Tidak dinafikan anak akan bertanya soalan yang sama berulang kali. Oleh kerana memori mereka masih lemah untuk mengingati fakta baru, minta mereka untuk ulang jawapan yang kita berikan. Selepas beberapa ketika, pasti mereka dapat menyimpan jawapan tersebut dalam memori mereka.

Apa yang biasa Ros katakan kepada Luqman..

“Bukan Ummi dah jawab soalan Luqman semalam. Luqman ingat lagi tak apa Ummi cakap semalam?” Beri sedikit masa untuk anak mengingati semula. Biasanya Luqman dapat ingat kembali. Kalau Luqman tak ingat, Ros akan beritahu jawapan dan minta dia ulang.

5. mengaitkan jawapan dengan gambar atau objek

Jawapan senang diingati jika kita mengaitkan dengan gambar atau objek.

Yang ni, biasanya selepas Luqman bertanya, jika tiba-tiba di TV menunjukkan objek berkenaan, Ros akan cepat-cepat cakap..

“Luqman tadi Luqman tanya Ummi pasal bomba kan, tu bomba la yang warna merah tu”. Esoknya bila bomba muncul lagi di TV, Luqman yang terlebih dahulu cakap, “Ummi.. tu bomba kan.. yang warna merah tu..”

Sebagai ibu bapa yang bijak, sediakanlah persekitaran yang konduksif untuk merangsang anak banyak bercakap dan bertanya. Usah berasa rimas dengan soalan-soalan mereka. Jika berpeluang, bawalah mereka berjalan-jalan untuk meluaskan minda. Gunakan lah kesempatan yang ada untuk berbual-bual dengan anak tentang apa sahaja di sekeliling kita.

Ros Ahmad

019- 367 3245

Shaklee ID: 1134 656

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge