Follow:
Kewanitaan

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Keputihan?

Assalamualaikum

Topik keputihan jarang dibincangkan sesama kita. Segan kan nak cakap walaupun dengan kawan perempuan kita. Kita rasa keputihan ni masalah biasa-biasa je.

Kalau anda tengah membaca entri ini, Ros percaya anda tengah mencari jawapan kepada beberapa soalan yang sedang berlegar-legar dalam kepala anda.

Ros ada senarai 3 perkara penting yang anda perlu tahu tentang keputihan.

 

Apakah itu keputihan?

Keputihan adalah cairan yang dihasilkan oleh kelenjar dalam serviks dan faraj. Cairan ini memastikan faraj atau vagina kita berada dalam pH yang seimbang. Ia merupakan mekanisma semulajadi badan untuk mengusir atau mengeluarkan bakteria serta mneghalang jangkitan kulat.

Keputihan boleh terjadi kepada wanita yang belum berkahwin atau yang sudah berkahwin. Bahkan orang yang mengandung pun boleh ada masalah keputihan.

 

Bagaimanakah keputihan yang normal?

Keputihan yang dialami oleh seorang wanita boleh berbeza dengan wanita yang lain.

Rupa dan kelikatan keputihan anda berubah sepanjang kitaran haid anda.

Ros bagi satu contoh.

Dalam tempoh 14 hari selepas hari pertama kitaran haid anda yang lepas, keputihan yang keluar tidak banyak.

Jika anda mempunyai kitaran haid yang tetap iaitu 28 hari, pada hari ke 14 itu, keputihan kelihatan seperti putih telur. Licin dan stretchy. Pada hari ke 14 ini, berlaku proses ovulasi iaitu ovari anda mengeluarkan ovum.

Pada hari ke 21 atau semakin menghampiri kitaran haid anda yang seterusnya, keputihan jadi lebih likat dan berwarna putih susu. Tiada bau yang tidak menyenangkan.

Anda tidak perlu risau lebih-lebih. Boleh ambil vitamin untuk hilangkan keputihan ni.

Dengan penggunaan yang konsisten, keputihan anda boleh hilang.

Baca juga entri berkaitan >> Vitamin Shaklee Untuk Keputihan Agar Tiada Lagi Bau Yang Tidak Menyenangkan.

 

Bagaimanakah nak mengenal keputihan yang tak normal?

Anda perlu bimbang dan cari jalan penyelesaiannya dan cara mengatasi keputihan bila anda mendapati keputihan anda ada tanda-tanda berikut:

  • Cairan putih yang kental berwarna putih kekuningan. Ini mungkin tanda faraj anda mengalami jangkitan kulat.
  • Cairan yang berbau hanyir dengan warna kelabu atau sedikit kehijauan. Besar kemungkinan, ianya jangkitan bakteria.
  • Cairan yang banyak, berwarna cerah kehijauan.
  • Cairan yang berbau dan bercampur nanah

 

Segeralah berjumpa doktor dan dapatkan rawatan yang sepatutnya. Mudah-mudahan tidak melarat.

Selepas mendapatkan nasihat doktor, anda juga boleh atasi masalah keputihan anda dengan vitamin untuk keputihan kerana vitamin ni membantu menghilangkan keputihan dari punca keputihan itu sendiri.

Anda boleh baca selanjutnya entri >> Penyebab keputihan dan cara mengatasinya.

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge