Follow:
Hamil, Tips

Amalan Untuk Elak Dapat Anak Tidak Sempurna

Assalamualaikum

Semua ibu inginkan bayi yang dikandung selama 9 bulan itu lahir dengan sempurna dan cukup sifat. Tahukah anda amalan kita semasa hamil boleh menyumbang kepada kecacatan anak? Sebagai usaha untuk mendapatkan anak yang sempurna, jom tengok amalan yang perlu dilakukan sepanjang kehamilan.

amalan untuk elak anak tidak sempurna

Amalan Untuk Elak Dapat Anak Tidak Sempurna

1. tidak merokok

Jika anda inginkan bayi yang sihat dan sempurna, elokkan anda berhenti merokok dan jangan terdedah kepada asap rokok. Tahukah anda semua bahan toksik di dalam rokok boleh disalurkan kepada bayi melalui plasenta dan tali pusat jika anda merokok. Merokok juga boleh merencatkan perkembangan bayi di dalam kandungan. Bayi yang ibunya merokok biasanya akan mempunyai berat yang kurang dan lahir pra-matang.

2. mengambil asid folik secukupnya

Dengan pengambilan asid folik yang cukup, anda melindungi bayi anda daripada kecacatan saraf (spina bifida). Kajian juga menunjukkan pengambilan asid folik mampu menurunkan risiko kecacatan otak dan sum-sum tulang sehingga 80%. Jika anda bercadang untuk hamil, anda perlu mengambil 400 mikrogram asid folik setiap hari dan diteruskan sehingga minggu ke-12 kehamilan. Antara supplement yang dicadangkan adalah B-Complex with Folic Acid. Anda juga mesti mengambil makanan yang kaya dengan folat seperti brokoli dan bayam.

3. jauhi kafein

Minuman seperti teh, kopi dan soda mengandungi kafein yang tinggi. Jika anda minum 3 cawan minuman berkafein sehari, elokkan anda kurangkan jika anda disahkan hamil. Untuk peminum tegar, eloklah kurangkan sedikit demi sedikit. Pasti anda boleh berhenti selepas itu demi kesihatan anak yang dikandung.

4. jangan ambil ubat tanpa nasihat doktor

Dos yang berlebihan boleh memudaratkan bayi yang dikandung. Dapatkan nasihat doktor jika anda perlu mengambil ubat-ubatan tertentu. Kalau demam biasa sahaja, boleh ambil supplement Vitamin C Sustained Release yang semulajadi.

Kita hanya boleh berusaha. Allah juga yang menjadikan sesuatu. Jom amalkan doa di bawah untuk dapatkan anak sempurna.

Ya Allah kurniakanlah kepadaku dari sisi Mu zuriat (anak) yang baik sempurna (tidak cacat). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu.

Ros Ahmad

019- 367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

2 Comments

  • Reply Perubahan Yang Bakal Dilalui Ibu Hamil Sepanjang Kehamilan | Coretan Ros Ahmad

    […] trimester pertama, ibu hamil mestilah mengamalkan supplement Folic Acid untuk mengelakkan kecacatan saraf bayi yang […]

    2 April 2015 at 9:16 am
  • Reply Wan Nur Suzilla

    Moga kita dijauhi musibah.

    Sue rasa kita juga perlu jauhi makan makanan segera.
    Wan Nur Suzilla recently posted… Gugur Bayi lagiMy Profile

    23 December 2015 at 8:08 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge