Follow:
Travel

3 Aktiviti Di Club Med Cherating Yang Wajib Dicuba Agar Berbaloi

Assalamualaikum

Ros berpeluang pergi ke Club Med Cherating untuk program team building. Pakej 3D2N yang company Ros ambil berharga dalam RM1000++ seorang. Boleh tahan juga kan harganya. Disebabkan company dah bayar mahal-mahal, haruslah Ros pastikan aktiviti yang dicuba sukar didapati di tempat lain. Ada 3 aktiviti di Club Med Cherating yang wajib anda cuba jika berpeluang ke sana.

Aktiviti Wajib Cuba Club Med Cherating

Bila sampai di sana, anda mesti rancang betul-betul aktiviti anda. Ini kerana, kebanyakan aktiviti mempunyai jadual tertentu. Kalau tak cuba tiga aktiviti ni memang rugi.

Aktiviti Wajib Cuba

1. Sailing

Aktiviti pertama yang mesti anda buat ada sailing. Aktiviti sailing bergantung kepada angin. Kalau ada angin, barulah boleh belayar. Kalau cuaca tidak elok pun tak boleh belayar. Alhamdulillah waktu Ros pergi sana, cuaca elok. Cuma belah pagi takde angin. Petang datang balik, angin dah ada.

Mulanya Ros ingat kita yang kena kawal layar tu. Rupa-rupanya G.O. (gentle organizers) yang akan kawal layar tu. Kita hanya perlu enjoy je duduk atas bot tu sambil tolong balance kan bot. Best sangat-sangat bila air terpercik di muka dan bot turun naik mengikut ombak. Of course, banyak jeritan waktu ni. Hihihi. Serius best!

2. Kayakking

Lepas sailing, alang-alang dah basah tu, bolehlah kita berkayak pula. Anda boleh memilih samada nak berkayak sorang-sorang atau secara berpasangan. Ros pilih yang berpasangan. Kalau berkayak sorang mau tak gerak nanti. Hihihi.

Sesungguhnya aktiviti air memang menyeronokkan. Patutla Luqman suka sangat mandi kolam dengan Abi.

3. Rock Climbing

Aktiviti seterusnya adalah rock climbing. Kalau anda nak tahu, Ros sebenarnya gayat. Tapi gagahkan diri juga sahut cabaran panjat sampai ke puncak. (puncak ke? hihihi) G.O. akan tunjuk bagaimana cara memanjat yang betul. Nak turun pun ada caranya. Yang penting kita kena ikut arahan mereka.

Bila sampai je turn Ros, Ros terus panjat tak pandang bawah dah. Sedar-sedar je dah sampai atas. Seorang cameraman akan mengambil gambar kita dari bawah. Waktu tu baru nampak dan rasa tinggi juga aku panjat ni. Rasa bangga dengan diri sendiri sebab berjaya panjat sampai ke atas dan turun dengan selamat. Alhamdulillah.

Ada banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat di Club Med. Antara yang Ros cuba adalah yoga dan memanah. Aktiviti circus seperti Flying Trapeze dan Bungee Bounce tak sempat Ros cuba. Mungkin 3D2N tidak cukup. 😛

Buat penggemar makanan, waktu makan adalah saat yang dinanti-nantikan. Macam-macam ada. Semuanya buffet. Anda pilih je nak makan apa. Dari lamb chop, fish steak, grilled chicken ke tempura dan bibimbap ada di sini. Ros juga berpeluang mencuba lobster di sini. Yang paling Ros suka adalah waktu breakfast sebab ada bagel yang kita boleh letak filling sendiri. Letaklah banyak mana yang anda suka. Teringat zaman study dulu di Germany makan smoked salmon bagel.

Bagel

Banyak betul cheese yang Ros letak kan?

Kalau ada rezeki Ros nak bawa famili datang sini. Tapi kena tunggu Maryam besar dulu lah sebabnya baby sitting untuk baby 4-23 bulan adalah MYR50 sejam. Boleh tahan kan?

Ros Ahmad

019-367 3245

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

3 Comments

  • Reply Ibu Zarith

    wahh..bestnyeeee..jom nanti kte pegi sesama heheh
    Ibu Zarith recently posted… Benarkah Berpantang Di Rumah Mertua Tidak Bebas?My Profile

    23 February 2015 at 3:43 pm
    • Reply Ros

      boleh boleh. insyaAllah

      23 February 2015 at 4:56 pm
  • Reply Panduan Rock Climbing Untuk Beginner | Coretan Ros AhmadCoretan Ros Ahmad

    […] tu Ros ada kongsikan aktivitivi yang wajib anda lakukan di Club Med Cherating di entry ini. Untuk aktiviti Rock Climbing ingin Ros kongsikan sedikit tips dan panduan rock climbing untuk […]

    8 March 2015 at 4:43 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge