Follow:
Aktiviti 3-4 tahun

Ajar Anak Butangkan Baju Dengan Cara Menarik Ni

Assalamualaikum

Baru-baru Ros ada kongsikan idea aktiviti anak 1 tahun untuk Maryam. Untuk Luqman pula Ros belum google lagi aktiviti ringkas yang dia boleh buat. Tapi hari ni Ros nak kongsikan cara ajar anak butangkan baju menggunakan Button Snake. Aktiviti lama yang dikeluarkan balik. Huhu.

 

Button Snake

Jom buat untuk anak anda.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Butang bersaiz sederhana

Reben

Kain Felt

Benang dan jarum

Gunting

 

Cara-caranya:

  1. Jahit butang di salah satu hujung reben
  2. Buat gelung di hujung satu lagi dan jahit
  3. Potong kain felt mengikut bentuk ( Ros buat bentuk segitiga, segiempat )
  4. Lipat bentuk tadi dan potong sedikit di tengahnya
  5. Siap

 

Pertama kali Ros bagi Button Snake ni kepada Luqman, Ros akan tunjukkan beberapa kali cara nak butangkan. Lepas tu biarkan Luqman buat sendiri. Ada juga masanya Luqman suruh Ros yang buat. Bila lama tak main, baru lah dia buat sampai habis. Biasa lah anak-anak syurga. Banyak akal dah. Kalau anak anda tak minat, keluarkan mainan ni lain kali.

Luqman button snake1

 

<< Aktiviti Anak 3-4 tahun >>

Selamat mencuba dengan si comel anda!

signature Ros Ahmad1

 

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge