Follow:
Aktiviti 3-4 tahun

Ajar Anak Beri Isyarat Bila Perlu Mencelah Perbualan Ibubapa

Assalamualaikum

Pernah tak semasa anda tengah berbual dengan suami, anak anda panggil anda berkali-kali kerana ingin tanyakan sesuatu atau tunjukkan sesuatu. Ros selalu alami situasi ini kerana sekarang Luqman memang banyak cakap dan banyak tanya. Itu adalah perkembangan yang bagus. Tetapi Ros rasa Ros perlukan satu cara untuk ajar Luqman menunggu sebentar untuk Ros habiskan point penting dengan suami. Kadang-kadang kami tengah berbincang mengenai sesuatu. Masa tu, Luqman pun sibuk nak tanya.

 

Ros ada terbaca di internet mengenai cara mudah ni. Ajar anak beri isyarat bila perlu mencelah perbualan ibubapa. Ros pun dah cuba aplikasi dengan Luqman. Alhamdulillah dia boleh ikut cara ini. Kadang-kadang tu Luqman lupa juga. Tapi Ros akan ingatkan mengenai cara ini.

Tentu anda pun nak tahu apa isyarat ni. Ros ajar Luqman datang dekat dengan Ros dan pegang pergelangan tangan Ros jika dia perlu mencelah. Lepas tu, Ros akan pandang dia sebagai tanda Ros tahu dia ada sesuatu untuk ditanya. Ros akan habiskan point Ros dengan suami. Kalau rasa lama lagi, Ros akan beritahu Luqman yang dia kena tunggu sekejap.

 

Bila Luqman bagi isyarat ni, tiada lagi perasan kecewa Luqman sebab Ros lambat jawab pertanyaan dia. Cuma bila dalam kereta, Luqman duduk di seat belakang. Memang tak boleh nak pegang pergelangan tangan Ros. Jadi Luqman akan panggil Ros juga. Ros akan jawab panggilan dia dan bagi isyarat tunggu sekejap.

 

Semoga bermanfaat. Anda ada tips lain tak? Boleh kongsikan di ruang komen.

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

4 Comments

  • Reply Lin Chalo

    Ros, kami praktikkan benda yang sama juga.. memang sangat membantu 😀
    Lin Chalo recently posted… Anak Kidal. Ini Yang Ibu Bapa Mesti Tahu Mengenai Anak Bertangan KidalMy Profile

    22 October 2015 at 6:08 pm
    • Reply Ros

      Memang banyak membantu kan. Kalau tak, semua nak bercakap dalam masa yang sama.

      27 October 2015 at 7:15 am
  • Reply syamila

    my mm dulu, hanya dengan pandangan mata je kami semua senyap….tapi anak2 belum berjaya sepenuhnya….yang sulung payah sikit….yang lain ummi letak cari kat mulut…dorang dah faham….
    syamila recently posted… Mengira Dengan Warna WarniMy Profile

    24 October 2015 at 5:50 pm
    • Reply Ros

      Nak kena ingatkan anak-anak, ulang banyak kali. Takpe.
      Lama-lama diorg fahamlah nanti. 🙂

      27 October 2015 at 7:17 am

    Leave a Reply

    CommentLuv badge