Follow:

About

Selamat datang ke RosAhmad.com.

Saya Ros empunya blog ni. Ros mula berblog di Ummi’s Favorites. Blog RosAhmad.com mula diwujudkan pada akhir Jan 2015 untuk Ros berkongsi apa yang Ros rasa boleh membantu and memberi inspirasi dalam kehidupan pembaca di luar sana.

Untuk pengetahuan pembaca, Ros sedang berjinak-jinak dengan dunia perniagaan untuk membantu orang di luar sana menyelesaikan masalah yang dihadapi di samping menambah nilai diri sendiri dan meningkatkan pendapatan keluarga.

Ros seorang ibu biasa-biasa yang cuba buat yang terbaik untuk jadi seorang ibu yang luar biasa. Bagi Ros, masa kecil anak-anak dari lahir hingga mereka berumur 6 tahun amatlah berharga. Ketika inilah otak mereka sedang berkembang dengan pesat. Salah satu kata-kata Maria Montessori yang terkesan di hati Ros ialah

“The most important period of life is not the age of university studies but the first one, from birth to the age of six. For that is when man’s intelligence itself, his greatest instrument, is being formed.”
Maria Montessori

Oleh kerana Ros masih bekerja sebagai jurutera, masa bersama anak-anak amat terhad. Jadi untuk merangsang otak anak-anak, Ros gunakan apa sahaja material yang ada pada masa itu. Walaupun hanya sekadar, sebiji mangkuk, garpu dan sebiji telur. Biarkan anak-anak meneroka.

“Never help a child with a task at which he feels he can succeed.”
Maria Montessori

It’s now or we will miss our chance.

-RA

Share on
Leave a comment

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge