Follow:
Travel

7 Tips Merancang Pergi Bercuti Ke Luar Negara Bersama Anak Kecil

Assalamualaikum

 

Hujung tahun ni mesti ramai yang merancang nak bawa keluarga jalan-jalan kan. Bagi anda yang ingin sangat nak berjalan ke luar negara tetapi tak yakin atau rasa mustahil untuk bawa anak yang masih kecil, mungkin tips ni boleh membantu anda.

 

tips-merancang-pergi-bercuti-ke-luar-negara

7 Tips Merancang Pergi Bercuti Ke Luar Negara

 

1. Pergi sebelum anak bongsu anda berumur 2 tahun

Yang ni sebabnya nak jimatkan tiket kapal terbang. Kalau anak dah masuk 2 tahun masa tarikh penerbangan tu, anda perlu bayar harga tiket untuk kanak-kanak.

 

Mengambil peluang tiket percuma untuk anak di bawah 2 tahun, sebelum Luqman masuk 2 tahun, kami pergi bercuti ke Beijing. Sebelum Maryam masuk 2 tahun tahun ni, kami bercuti ke Korea Selatan. Syukur.. perjalanan dipermudahkan walaupun melancong bersama anak kecil.

 

2. Beli tiket sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh pergi

Kalau anda boleh beli tiket lagi awal, lagi bagus. Tips ni sebenarnya nak suruh anda beli tiket sebab kalau anda tak beli tiket, sampai bila pun tak pergi bercuti.  Bukan untuk bercuti ke luar negara je, kalau nak beli bercuti dalam negara pun, kalau tak book hotel, duduk rumah je lah kan. 😛

 

Bila anda dah beli tiket, anda ‘terpaksa’ sediakan budget untuk penginapan, makan minum, duit belanja dan sebagainya. Kalau anda masih belum cukup budget lagi, masih ada 6 bulan untuk kumpul duit. Jadi, anda akan usaha sungguh-sunguh untuk menyimpan atau cari duit tambahan dengan buat part-time bisnes.

 

3. Biasakan anak dengan baby carrier

Sebenarnya, Ros lebih suka kendong anak daripada tolak stroller. Masa bersiar-siar di shopping complex pun, Ros lebih suka guna carrier. Bila kendong anak dalam baby carrier, Ros rasa lebih selamat, lebih dekat dengan anak. Nak bergerak pun senang.

 

Pengalaman bercuti ke Beijing panjat tembok besar China, takkan nak guna stroller. Dengan baby carrier, Ros tak lenguh tangan dukung Luqman sampai ke atas. Masa kami pergi tu musim sejuk. Dengan Luqman dalam carrier, Ros tak rasa sejuk sangat. Hehe..

 

baby-carrier

 

Masa ke Korea baru ni pun, Ros akan bergilir-gilir dengan suami kendong Maryam. Kalau anda bawa stroller, anda terpaksa angkut turun naik stesen metro yang bertingkat-tingkat di sana.

 

4. Terangkan kepada anak serba sedikit tentang apa yang bakal dia alami nanti

Bagi anak kecil paling sesuai anda ceritakan tentang kenderaan yang bakal dia naiki nanti. Sebelum pergi ke Korea, Ros ada bagitau Luqman yang dia akan naik kapal terbang, keretapi, feri, teksi dan kereta. Paling teruja mestilah sebab nak naik kapal terbang.

 

Kalau pergi ke negara empat musim, anda boleh ceritakan yang cuaca negara tersebut lain daripada Malaysia. Sejuk kena pakai baju sejuk.

 

5. Buat senarai barang yang ingin dibawa awal-awal lagi

Selepas beli tiket, terus Ros buat checklist barang-barang yang perlu dibawa ke sana. Selain takut terlupa dan tertinggal barang, list tersebut akan mengingatkan anda sekeluarga bakal pergi bercuti tak lama lagi. Pasti satu famili tak sabar-sabar nak pergi.

 

Jangan lupa tulis dalam checklist anda, passport, tiket kapal terbang, peta, supplemen tambahan dan juga ubat untuk kecemasan. Tampal kertas tersebut di tempat yang anda boleh nampak. Kalau ada benda yang perlu dibawa yang anda teringat terus tulis di kertas tersebut.

 

checklist-bercuti-dengan-anak-kecil

 

6. Google tempat-tempat menarik yang ingin anda lawati

Anda dah boleh google dan senaraikan tempat-tempat yang anda ingin lawati. Jangan lupa masukkan juga tempat-tempat menarik untuk kanak-kanak dalam agenda anda. Jika ada rakan yang dah pernah pergi, anda  boleh dapatkan maklumat daripada mereka juga. Contohnya, macam mana nak cari makanan halal di sana.

 

Bila anda dah ada semua info, anda boleh mula rancang agenda anda. Hari pertama nak pergi mana, hari kedua nak pergi mana dan seterusnya. Bila travel dengan anak pastikan anda bersedia dengan plan B. 🙂

 

7. Jaga kesihatan anda sekeluarga

Sebelum Ros pergi bercuti, ramai yang berpesan untuk jaga kesihatan anak-anak. Ye lah masa tu ramai yang demam dan selesema disebabkan cuaca yang tidak menentu. Setiap minggu Ros akan bagi Luqman dan Maryam supplemen tambahan untuk tingkatkan imun sistem mereka.

 

Alhamdulillah sepanjang percutian ke Korea, Luqman dan Maryam sihat. 🙂 Bila anak-anak sihat, kita pun boleh enjoy bercuti.

 

Percutian ke Korea meninggalkan banyak kenangan manis sampai Luqman dan Maryam pun nak pergi sekali lagi.  Di entri akan datang, Ros akan kongsikan pengalaman keluarga kecil kami melancong ke sana.

 

 

Baca juga > 5 Tips Keselamatan Anak Ketika Bercuti <

 

 

Jika bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Jauh perjalanan, luas permandangan. 🙂

signature Ros Ahmad1

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

6 Comments

  • Reply Mrsesungut

    Syoknya bercuti!!

    19 October 2016 at 7:54 am
    • Reply Ros

      Bercuti memang syok kan. 🙂

      20 October 2016 at 7:32 am
  • Reply Nida

    Bestnya kak ros..

    Tq tip nya. Nida akan apply nanti. Hehe

    20 October 2016 at 10:08 am
    • Reply Ros

      Sama-sama Nida. Semoga membantu.

      14 November 2016 at 7:27 am
  • Reply Eizil

    Dah lama tak bercuti ke luar negara, kalau ke luar negara pun semua atas urusan perniagaan. nak kena plan juga ni nampaknya
    Eizil recently posted… Perkongsian asas penulisan blog bersama kumpulan usahawan hebat ShakleeMy Profile

    21 October 2016 at 11:08 pm
    • Reply Ros

      Tuan Eizil kena bercuti juga ni dengan keluarga. plan jangan tak plan. 🙂

      14 November 2016 at 7:26 am

    Leave a Reply

    CommentLuv badge