Follow:
Penyusuan, Tips

7 Tips and Tricks Cara Simpan Susu Ibu Yang Pasti Memudahkan Kerja Ibu

Assalamualaikum

Walaupun Ros ada pengalaman menyusukan anak pertama dahulu, cabaran dalam penyusuan anak kedua ni tetap ada. Tapi hari ni taknak cerita pasal cabaran. Ros nak kongsikan 7 tips dan tricks cara simpan susu ibu buat ibu yang bakal menyusukan anak agar dapat memudahkan urusan anda. 🙂

 

 

7 Tips dan Tricks Cara Simpan Susu Ibu

 

1.Kalau nak jimatkan ruang di freezer, simpan perahan susu ibu di dalam plastic storage.

Apa yang Ros selalu buat, Ros akan letakkan plastic storage tu secara mendatar di dalam freezer bagi leper. Bila dah beku, baru Ros susun bersama-sama frozen EBM sebelum ni.

 

2. Simpan perahan susu ibu dalam 3 atau 4 oz untuk sekali minum

Dulu Ros guna plastic storage 5 oz, memang sesuai untuk simpan 3 atau 4 oz je. Sekarang dah ada plastic storage 7 oz dan juga 12 oz. Kalau pakai 7 oz, sesuai untuk 2 kali minum. Bila susu dah dicairkan, boleh pindahkan ke dalam 2 botol.

 

3. Label plastic storage dengan tarikh, masa dan nama anak terlebih dahulu

Kalau anda nak buat stok EBM, lepas mengepam menggunakan botol, terus salin ke dalam plastic storage. Sebelum salin, tulis siap-siap tarikh, masa dan nama anak. Kalau susu dah sejuk, agak sukar nak menulis nanti kerana permukaan plastic dah lembab.

 

4. Kalau pakai botol, gunakan masking tape untuk melabel

Kadang-kadang plastic storage tak bawa atau tak cukup, jadinya kena simpan pakai botol je. Nak senang label, gunakan masking tape. Boleh tulis atas masking tape tarikh, masa dan nama anak. Ros suka tampal label di botol daripada di penutup. Kalau dah ganti penutup dengan puting botol, label masih ada.

 

5. Simpan corong dalam cooler bag

Kalau Ros mengepam di pejabat dalam bilik training, Ros akan simpan corong dalam cooler bag. Jadi tak perlu basuh. Sama macam di rumah, Ros akan simpan corong di bahagian chiller paling atas. Kalau tak, setiap kali pam, kita kena basuh corong tu.

 

6. Simpan susu di dalam peti sejuk di bahagian paling dalam

Susu untuk bekalan anak keesokkan harinya hendaklah disimpan di bahagian paling dalam bukan di pintu peti sejuk. Kalau di pintu peti sejuk, suhu akan berubah kalau kita kerap buka peti sejuk.

 

7. Pastikan susu perahan mempunyai suhu yang sama sebelum dicampurkan

Kadang-kadang tidak cukup ruang untuk simpan di dalam satu plastic storage. Jadi anda boleh campur dengan hasil perahan seterusnya. Tapi pastikan suhu kedua-duanya sama. Maksudnya, anda perlu sejukkan kedua-dua susu di dalam chiller terlebih dahulu. Bila dah sejuk, baru campurkan.

 

Semoga tips ini membantu ibu-ibu menyusu di luar sana. Mana yang boleh diaplikasikan untuk memudahkan urusan penyusuan anda, jemputlah guna. Ros sekadar berkongsi pengalaman sendiri. Mesti mommies menyusu lain pun pasti ada tips yang best juga. Jemput share di ruang komen ya!

 

Kalau anda ada masalah susu merudum macam Ros dahulu, boleh baca entri ini bagaimana Ros mengatasi masalah susu merudum. Jangan putus asa ya. Teruskan berjuang demi si manja tersayang!

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

1 Comment

  • Reply jida

    info yang sangat berguna…
    jida recently posted… 4 Tips Memilih Baju Bayi Yang Bakal LahirMy Profile

    20 September 2015 at 12:56 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge