Follow:
Aktiviti 1-2 tahun, Anak-anak

7 Aktiviti Anak 1 Tahun Yang Anda Boleh DIY

Assalamualaikum

Sekarang Ros macam takde idea pula nak bermain dengan Maryam. Rasanya perlu DIY mainan baru untuk dia. Ros ada google dan bercadang nak buat dalam masa terdekat ni. Ros kongsikan sekali dengan anda 7 aktiviti anak 1 tahun yang anda boleh DIY.

aktiviti anak satu tahun

7 Aktiviti Anak 1 Tahun

 

1. Busy Book

quiet book

Kalau anda google, macam-macam keluar. Kreatif mommies di luar sana. Ros bercadang nak buat guna hot glue gun je sebab Ros takde mesin jahit. Jahit tangan sikit-sikit boleh lah.

 

2. Bola dengan tube

Yang ni pun nampak senang je. Boleh pakai tube simpan bulu tangkis.

 

3. Sensory Bag

Anda boleh letakkan benda-benda kecil yang menarik. Boleh guna gel rambut, beras, macaroni sebagai filler.

 

4. Reben dan Kotak

Yang ni anda kena ikat reben tu. Lepas tu anak akan buka ikatan reben tu. Ros tak pasti Maryam suka ke tak. Kita tengok nanti.

 

5. Touch and Feel board

Yang ni anda boleh buat ikut kreativiti masing-masing. Guna kotak terpakai dan tampal benda-benda yang mempunyai tekstur yang berlainan.

 

6. Discovery jug

Ros pernah buat Treasure Bottle dan Treasure Basket sebelum ni. Discovery jug ni sama juga fungsinya. Anak-anak boleh explore sambil meningkatkan kemahiran motor halus mereka.

 

7.  Gitar dengan gelang getah

Yang ni pun nampak senang kan. Boleh guna loyang dan gelang getah yang besar.

 

<< Aktiviti Anak 3-4 Tahun >>

 

Ros rasa cukuplah 7 aktiviti anak 1 tahun dulu. Kita buat yang ni dulu. Ada masa nanti Ros kongsikan aktiviti lain pula. 🙂

 

Selamat mencuba.

signature Ros Ahmad1

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

2 Comments

  • Reply puan pink

    Bilelah nak mai mood rajin nak buat semua ni utk anak2 *sobssss*
    puan pink recently posted… Izz Iman Rania Turns 1My Profile

    20 November 2015 at 12:03 pm
    • Reply Ros

      Puan Pink boleh cuba aktiviti no. 7.. paling mudah. Ros guna tupperware dan getah oren tu. 🙂

      24 November 2015 at 8:59 am

    Leave a Reply

    CommentLuv badge