Follow:
Hamil, Penyusuan, Tips

6 Persedian Penyusuan Ibu Hamil

Assalamualaikum

Walaupun ibu hanya akan menyusukan bayi bila dia lahir kelak, persediaan penyusuan mestilah dilakukan sejak hamil lagi. Ros ingat senang je nak menyusukan anak ini. Rupanya ada beberapa posisi penyusuan. Semasa menyusu, kena make sure bayi melekap dengan betul. Klau tidak, puting boleh melecet. Bagi ibu bekerjaya, anda kena tahu cara nak kendalikan susu ibu. Ohh.. banyak betul nak kena tahu pasal penyusuan susu ibu.

Untuk rujukan anda, Ros kongsikan 6 persedian penyusuan ibu hamil untuk memulakan perjalanan penyusuan anda bersama bayi tersayang.

Persediaan Penyusuan Ibu Hamil

 

1. cari maklumat

Maklumat berkaitan penyusuan boleh didapati dari bahan bercetak dan internet. Buku pertama yang Ros beli berkaitan penyusuan adalah Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu Bekerjaya. Sewaktu tercari-cari maklumat di internet ketika mengandungkan anak pertama dahulu Ros terjumpa dengan blog Puan Suraya pemilik Lunatot dan juga blog Puan Sara dari Sarakids yang membuka mata Ros mengenai penyusuan susu ibu. Selain daripada itu, Ros ada juga bertanyakan tentang penyusuan kepada mak dan mak mertua Ros.

 2. Kelas Penyusuan

Amat digalakkan untuk mengikuti kelas penyusuan yang dianjurkan di klinik dan hospital. Semasa pergi klinik untuk check up, boleh bertanyakan kepada nurse bila sesi tersebut diadakan. Terdapat juga butik ibu dan anak menganjurkan kelas penyusuan dengan yuran yang minima.

3. Hospital Rakan Bayi

Pilih hospital rakan bayi untuk bersalin. Jika tidak, beritahu doktor yang akan menyambut bayi anda bahawa anda mahu menyusukan bayi sebaik dia dilahirkan. Jika tidak, kemungkinan bayi akan diberikan susu formula sebelum dihantar kepada anda. Bila anda cuba menyusukan, bayi menolak.

Ros ada seorang kawan yang bayinya tidak mahu menyusu direct kerana telah diberi susu formula melalui botol. Kerana ingin juga memberi susu ibu kepada anaknya, beliau mengepam dan beri susu ibu melalui botol.

4. Persediaan peralatan penyusuan

Bagi ibu bekerjaya, anda patut invest untuk dapatkan pam payudara yang sesuai dengan jenis kerja anda. Antara pam payudara yang menjadi pilihan ibu bekerjaya adalah Pam Medela Freestyle jenama. Pam ini senyap dan hand-free. Anda boleh buat kerja sambil mengepam.

Selain pam, anda juga perlu sediakan coli penyusuan, bekas simpanan susu ibu, beg pendingin, pek ais, nursing cover dan baju menyusu.

Eloklah sediakan peralatan di atas sebelum bersalin nanti. Jika tidak, suami anda terpaksa shopping sorang-sorang semasa anda dalam pantang. Masa dalam pantanglah masa untuk kumpul stok susu sebelum kembali bekerja.

5. Sokongan

Sokongan orang di sekeliling amat penting. Dapatkan sokongan suami kerana beliau lah yang akan menolong anda menjayakan misi penyusuan 2 tahun. Di tempat kerja, beritahu boss dan rakan sekerja yang anda ingin menyusukan anak dengan susu ibu. Oleh itu, anda perlu keluar mengepam 3 kali semasa waktu kerja.

6. Niat dan Doa

Pasang niat hendak menyusukan anak sebaik anda disahkan hamil. Perbanyakkan doa agar proses penyusuan akan berjalan lancar. Makan makanan yang seimbang untuk menghasilkan susu ibu yang berkualiti. Pastikan anda mendapatkan kalsium yang cukup sepanjang kehamilan anda.

Tahukah anda kekurangan kalsium semasa hamil boleh menjejaskan proses penyusuan anda kelak? Dengarlah perkongsian Puan Ida Khairani tentang pengalaman hal ini.

Akhir sekali, dalam penyusuan susu ibu anda mesti ingat Konsep ini

Supply vs Demand

Lagi kerap bayi disusukan atau lagi kerap anda mengepam, lagi banyak susu akan dihasilkan.

Ros doakan perjalanan penyusuan anda dipermudahkan. Walau apa pun cabaran yang datang, jangan mengalah. Ada satu ketika tu, Ros ada masalah susu semakin merundum. Tapi berjaya diatasi. Alhamdulillah.

Semoga anda juga dapat merasai pengalaman manis menyusukan bayi dengan susu ibu sama seperti Ros. 🙂

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

 

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

6 Comments

  • Reply Maz Jamal

    perkogsian yg menarik..alhamdulillah anak kedua saya lebih bersedia untuk menyusuakn anak. ank pertama gagal atas beberapa sebab & juga disebabkan kurang ilmu penyusuan dan persediaan awal…
    Maz Jamal recently posted… Susu Ibu TANPA GSTMy Profile

    21 March 2015 at 11:34 am
  • Reply Perubahan Yang Bakal Dilalui Ibu Hamil Sepanjang Kehamilan | Coretan Ros Ahmad

    […] untuk anda kerana perut sekarang semakin besar. Anda juga patut bersedia dari sekarang jika anda ingin menyusukan bayi bila dia lahir kelak. Galilah ilmu penyusuan dari semasa hamil lagi. Jangan lupa beli Set Bersalin […]

    2 April 2015 at 9:16 am
  • Reply Tips Penyusuan Bayi Pramatang Yang Wajib Anda Tahu | Coretan Ros Ahmad

    […] stress jika bayi dilahirkan pramatang. Dengan penjagaan yang baik dan penyusuan susu ibu, bayi akan membesar dengan sihat dan aktif. Apabila usianya mencapai unur dua tahun ke atas, […]

    10 April 2015 at 9:16 am
  • Reply Yudi

    salamtumpang tanya, kenapa ye kite tak boleh rdeanm dlm air panas or mendidih?sblm ni, saya bekalkan flusk makanan(yg gemuk besar tu) pada nursery,saya mintak diorg isikan air panas setiap pagi dlm tu. so that for every feeding saya suh diorg rdeanm je botol bublebee yg 5oz tu dlm tu.apa yg saya wat sebelum ni boleh bahayakn baby saya ke?

    10 April 2015 at 11:49 pm
    • Reply Ros

      kalau rendam susu dalam air panas atau mendidih, khasiat dalam susu ibu akan hilang.
      nisbah air untuk nak panaskan susu ibu adalah, 1 cawan air panas + setengah cawam air biasa.
      Semoga membantu.

      17 April 2015 at 8:56 am
  • Reply [Infografik] Peranan Suami Bantu Penyusuan Susu Ibu | Coretan Ros Ahmad

    […] ada kongsikan tentang persediaan penyusuan ibu semasa hamil sebelum ini. Bukan isteri je kena bersedia. Suami juga perlu bersedia dengan mengambil tahu tentang […]

    23 April 2015 at 9:31 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge