Follow:
Aktiviti 6-12 bulan, Anak-anak, Tips Keibubapaan

6 Langkah Mengajar Anak-anak Di Rumah

Assalamualaikum

Ros suka benar bab-bab homeschooling dan pendidikan awal kanak-kanak. Di sini Ros kongsikan dengan anda 6 langkah mengajar anak-anak di rumah. Ini sebagai permulaan untuk mewujudkan suasana yang gembira di rumah anda. Bila anak gembira, mesti ibu bertambah gembira. Lagi mudahlah anda nak buat homeschooling di rumah.

6 Langkah Mengajar Anak-anak Di Rumah

1. bercakap dengan anak-anak

Selalu berbual-bual dengan anak anda. Perkataan yang anak-anak gunakan, biasanya mereka belajar daripada ibubapa. Oleh itu, kita hendaklah mengunakan perkataan yang baik-baik sahaja.

Luqman sekarang petah betul bercakap. Setiap kali telefon tok dengan wan dia.. macam-macam dia cerita kat tok dengan wan dia. Sekejap cerita aktiviti dia hari ni. Lepas tu terus cerita pasal adik Maryam dia.

 

2. membaca kepada anak-anak

Mulakan aktiviti membaca dari awal lagi. Dicadangkan ibubapa luangkan masa selama 20 minit sehari untuk baca kepada anak-anak.

Sekarang Ros suka buka buku di hadapan Maryam. Maryam pun tersenyum-senyum tengok gambar dalam buku tu. Walaupun masih kecil, bayi pun boleh menangkap jalan cerita di dalam buku tu bila diulang-ulang banyak kali.

 

3. galakkan anak-anak melukis

Sediakan kertas dan water color untuk anak conteng-conteng. Walaupun anda rasa tak cantik, tapi sebenarnya mereka sedang menterjemahkan idea kreatif mereka.

 

4. biarkan anak bermain

Bila anak-anak nak main, usahlah anda melarang anak. Apa yang perlu dilakukan sebagai ibubapa adalah memastikan persekitaran mereka selamat. Pantau mereka semasa bermain. Lagi seronok kalau anda join mereka bermain sekali. Tahu tak anda, anak kecil belajar semasa mereka bermain? Mereka sedang mengasah kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah dan sebagainya.

 

5. hadkan masa dengan gadget

Ramai kanak-kanak sekarang memilih nak main game di ipad atau menonton tv berbanding bermain di luar rumah atau di taman permainan. Galakkan anak anda bermain di luar. Petang-petang tu, bawa anda anda main di taman permainan berdekatan.

Tahu tak anda, menonton tv selama sejam lebih boleh menyebabkan tumpuan mereka rendah? Sukar untuk fokus. Kreativiti mereka juga tidak berkembang.

 

6. peluk dan belai anak-anak

Tiap-tiap hari anda mesti memeluk dan membelai anak-anak. Sentuhan, belaian, senyuman daripada ibubapa dapat membentuk keperibadian anak kecil dan juga meningkatkan keyakinan diri mereka.

Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Masa kecil anak akan berlalu dengan pantas. Hargai lah masa kecil mereka dengan beraktiviti bersama-sama. Tentu jadi memori indah untuk dikenang nanti. 🙂

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

1 Comment

  • Reply Gdah Abdullah

    nice tips
    Gdah Abdullah recently posted… resepi mee goreng kanak-kanakMy Profile

    28 May 2015 at 7:08 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge