Assalamualaikum
Tahukah anda anak-anak kecil sangat suka bermain playdoh? Selain daripada kita beli yang dah siap di kedai, apa kata anda buat sendiri playdoh di rumah. Hanya 6 bahan diperlukan dan biasanya memang ada di dapur anda lebih-lebih lagi jika anda suka buat kek. 🙂
Resepi homemade playdoh ni selamat untuk anak-anak yang suka masukkan barang dalam mulut. Walaupun selamat, pantaulah anak anda semasa mereka bermain.
Resepi ni antara resepi yang menjadi selepas Ros cuba beberapa resepi homemade playdoh yang ada di internet.
Jom kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan:
Homemade Play Dough
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
setengah cawan garam
2 sudu besar cream tartar ( Ros cari di kedai kek. Cold Storage pun ada )
1 sudu besar minyak masak
1 cawan air
beberapa titis pewarna makanan
Cara-cara membuat:
1. gaulkan semua bahan-bahan dlm periuk
Ros akan beri bahan-bahan kepada Luqman untuk dimasukkan ke dalam periuk. Air dimasukkan sedikit demi sedikit. Lepas tu, Luqman akan yang tolong kacau sampai dia puas hati.
2. setelah sebati, masak atas api sederhana
Selepas Luqman dah berpuas hati gaul bahan-bahan tu, Ros akan masak di atas api.
3. kacau selalu
Tepung hendaklah dikacau selalu untuk elakkan daripada hangit.
4. tutup api bila bertukar kepada doh
Agak-agak dah melekat dan susah nak dikacau lagi, tutup api. Biarkan sejuk dahulu. Lepas dah sejuk barulah uli.
Kebaikan bermain play dough:
1. mengasah kemahiran motor halus
Awal-awal Ros bagi playdoh kepada Luqman, Luqman yang suruh Ros buatkan sesuatu bentuk. Kemudian, Ros akan bagi sesuatu untuk dicucuk di playdoh tu. Aktiviti cucuk-cucuk ni akan membantu mengasah kemahiran motor halus. Anda boleh beri batang ais krim atau pipe cleaner.
2. mengasah kretiviti dan daya imaginasi
Terdapat banyak cara untuk bermain dengan playdoh. Boleh buat ular. Boleh buat bentuk bulat. Boleh tambah googly eye. Kalau ada googly eye mungkin anda boleh suruh anak buat ular ada mata besar.
3. mengasah kemahiran berbahasa
Semasa bermain, kita boleh berbual dengan anak. Untuk anak yang dah besar sikit, kita boleh tanya dia, playdoh tu warna apa. Kalau anak masil kecil, kita beritahu dia playdoh tu warna apa, bentuk apa kita sedang buat.
Terdapat banyak lagi kelebihan bermain playdoh. Anda boleh lihat di sini.
Usah risau rumah anda bersepah, lantai berminyak kerana anak bermain play dough. Memang mereka sekarang dalam fasa learning through play. Oleh itu, biarkan mereka bermain dengan gembira. Anda pun mainlah sekali dengan anak. 🙂
Ros Ahmad
019-367 3245
Shaklee ID: 1134 656
Permalink
Permalink
Tengkiu kak ros sudi share =) Zarith dah cuba memang best!
Ibu Zarith recently posted… Cara Buat Homemade Playdoh Tanpa Bahan Kimia