Follow:
Berpantang, Tips

5 Tips Memilih Set Bersalin Agar Tiada Pembaziran

Assalamualaikum

Tahukah anda pemilihan Set Bersalin yang tidak betul boleh mempengaruhi proses berpantang anda?

 

Betul.. Ros tak tipu. Ros terpaksa bersalin awal semasa anak pertama. Ada tiga minggu lagi sebelum due. Ros tak sempat nak survey dan beli Set Bersalin untuk diri sendiri. Bila balik kampung untuk berpantang, husband yang belikan. Bila pakai, tak sesuai dan tak habis pun guna. Kan dah membazir.

 

Bila mengandung anak kedua ni, Ros dah survey siap-siap nak pakai Set Bersalin apa. Masuk trimester ke-3, Ros beli siap-siap. Pilihan Set Bersalin semasa berpantang anak kedua ni memang betul. Pengalaman berpantang anak pertama dan kedua memang berbeza.

 

Puan Khadeejah pun merungut pasal Set Bersalin sampai beliau serik nak mengandung. Tontonlah video ni supaya anda pun tak buat pilihan yang salah macam Puan Khadeejah dan Ros.

Selepas melalui pengalaman berpantang 2 kali dengan Set Bersalin yang berbeza, Ros nak kongsi tips memilih set bersalin agar proses berpantang anda tidak menjadi mimpi ngeri.

Tips Memilih Set Bersalin

1. Boleh diambil seawal mungkin

Kalau boleh ambil dari sebelum bersalin, lagi bagus. Kalau tak, pastikan selepas bersalin boleh terus ambil. Bukan kena tunggu seminggu, baru boleh ambil.

Waktu berpantang anak pertama, Luqman ada kuning. Set bersalin pertama tu kena tunggu sampai hilang kuning, baru Ros boleh ambil.

 

2. Boleh mempercepatkan penyembuhan luka

Yang ni penting sebab ibu yang baru bersalin mesti nak luka sembuh secepat mungkin. Adalah normal bersalin anak pertama, kena episiotomi atau digunting.

Luqman semasa lahir, kecil je. Tapi kena gunting juga. 🙁 Bila kena gunting, kena lebih berjaga-jaga supaya luka cepat sembuh. Banyak implikasi kalau luka lambat sembuh.

Kalau tak nak kena gunting, amalkan urutan perineum bila masuk minggu ke 35. Alhamdulillah bersalin anak kedua Ros tak kena gunting walaupun Maryam lebih besar daripada Luqman semasa lahir. Amalkan urutan perineum dengan minyak kelapa dara.

 

3. Boleh menenangkan perasaan ibu baru bersalin

Emosi ibu baru bersalin ni tak stabil dan boleh sampai kena meroyan kalau tak jaga betul-betul. Dahlah badan penat melahirkan anak, nak kena sesuaikan diri dengan rutin baru seperti bangun malam menyusukan anak lagi.

 

4. Boleh elakkan sembelit

Bab sembelit dalam pantang ni Ros memang fobia. Siapa yang pernah rasa sembelit, mesti tahu keperitannya. Kalau kena sembelit waktu pantang.. lagi lah teruk.

Ros sampai kena pergi klinik sebab ada sembelit. Dah la luka pun lambat sembuh. Nak teran kuat-kuat pun takut. Ubat yang klinik bagi pun tak jalan sangat. Sampai husband Ros kena pergi farmasi cari ubat lain.

 

5. Boleh membekalkan nutrisi

Antara penyebab terjadinya sembelit adalah kerana kurang makan makanan berserat. Semasa berpantang, ibu baru bersalin kena jaga makanan. Ada yang boleh dimakan. Ada yang tidak boleh dimakan seperti makanan yang sejuk dan berangin. Makanan yang boleh menyebabkan gatal pun tak boleh.

 

Sebelum anda membeli Set Bersalin, cuba tanya diri anda. Adakah set bersalin tu memenuhi kriteria di atas? Usah lakukan pembaziran dengan membeli set bersalin yang salah. Sampai bersalin anak kedua, set bersalin anak pertama tu masih ada di almari rumah Ros. Akhirnya terpaksa dibuang. Sayang kan..

Ros harap panduan di atas membantu ibu-ibu hamil memilih Set Bersalin yang terbaik untuk kegunaan dalam pantang nanti. Hubungi Ros di 019-367 3245 untuk mendapatkan Set Bersalin yang selamat dan semulajadi. InsyaAllah luka anda cepat sembuh dan tiada sembelit. Jangan biarkan proses berpantang anda memjadi mimpi ngeri akibat tersalah pilih Set Bersalin.

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

4 Comments

  • Reply Bagaimanakah Cara Cepatkan Proses Kelahiran? | Coretan Ros Ahmad

    […] Usah stress-stress ye. InsyaAllah dipermudahkan proses kelahiran anda. Selamt berpantang dengan pilihan set bersalin […]

    3 April 2015 at 8:47 am
  • Reply Perbezaan Berpantang Tanpa Makan Jamu Ketika Bersalin Anak Kedua | Coretan Ros Ahmad

    […] Ros terpaksa bersalin awal, Ros tak sempat pun nak survey dan pilih Set Bersalin. Akhirnya, semasa Ros sedang berpantang di kampung, husband beli je set yang beliau […]

    22 April 2015 at 10:22 am
  • Reply Ila Halilah

    Betul tu ros, masa anak ke 2 dulu baby kena prolong jaundis buang last2 let go aje set bersalin beli mahal- mahal sebab tak boleh guna elok pilih yang mesra- jaundis macam shaklee ni
    Ila Halilah recently posted… Vitamin Tertua Di Dunia Berusia 100 Tahun!My Profile

    7 May 2015 at 9:51 pm
    • Reply Ros

      betul tu ila. rugi je bila beli set bersalin yang tak boleh guna.

      8 May 2015 at 6:48 am

    Leave a Reply

    CommentLuv badge