Follow:
Parenting

5 Tips Keselamatan Anak Ketika Bercuti

Assalamualaikum

Cuti sekolah bakal tiba tak lama lagi. Pastinya anda sudah fikirkan ke mana mahu membawa anak-anak berjalan. Paling kurang, waktu cuti sekolah inilah anda boleh pulang ke kampung. Ibubapa anda pasti gembira bila tahu cucu-cucu mereka mahu pulang ke kampung. Bercuti.. bercuti juga. Tapi keselamatan anak perlu diutamakan. Ros kongsikan 5 tips keselamatan anak ketika bercuti.

 

keselamatan anak semasa bercuti1

5 Tips Keselamatan Anak Ketika Bercuti

 

1. letakkan anak-anak di dalam car seat

Anak-anak Ros sekarang duduk di dalam car seat. Luqman mengadap ke depan. Maryam mengadap ke belakang. Dahulu Ros akan duduk di belakang bersama mereka. Luqman je duduk dalam car seat. Tapi bila Luqman mula nak keluar dari car seat, husband Ros bertegas, Maryam pun kena duduk dalam car seat. Barulah Luqman akan duduk dalam car seat sama macam adiknya.

 

2. berikan susu atau makanan semasa kapal terbang berlepas dan mendarat

Dahulu ketika bercuti ke Beijing, Ros akan susukan Luqman untuk mengurangkan sakit telinga semasa kapal terbang berlepas dan mendarat. Untuk anak yang dah besar, boleh berikan gula-gula.

 

3. pakaikan anak-anak pelampung semasa berenang

Anak-anak kecil memang suka bermain air. Kalau anda bercuti ke pantai, pakaikan anak-anak pelampung semasa berenang atau mandi. Berenanglah bersama mereka. Usah pergi terlalu jauh dari pantai. Kalau ke pantai, husband Ros akan bersama Luqman semasa mandi.

 

4. pantau anak-anak semasa bermain

Anak-anak kecil perlu dipantau selalu. Kalau balik kampung, Luqman dan Maryam seronok betul bermain bersama sepupu-sepupu mereka. Untuk mengelakkan kejadiaan yang tak diingini, Ros akan pastikan tempat mereka bermain tu luas. Tiada benda berbahaya.

Kalau duduk di hotel, kalau ada bath tub, Luqman suka juga bermain air dalam tu. Ros akan pantau juga risau Luqman tergelincir.

 

5. pakaikan krim pelindung matahari

Untuk mengelakkan kulit anak anda sunburn, pakaikan krim pelindung matahari sebelum  bermain di pantai atau di tempat panas.

Biasanya kalau ke pantai, Ros suka pergi awal-awal. Tak ramai orang lagi. Tengahari bila dah panas, kami akan bersiap untuk pulang. Dalam perjalanan pulang, anak-anak mesti kepenatan dan tidur sepanjang perjalanan.

 

Bawalah anak-anak pergi bercuti. Mereka sebenarnya tak kisah pun ke mana anda bawa. Kalau balik kampung pun mereka sangat gembira. Sekali sekala bawa ke pantai, itulah yang akan diceritakan selama seminggu lebih. Luqman akan tanya bila nak ke pantai lagi. Seronoklah mandi. Nak pergi lagi lah. Ummi jom lah ke pantai lagi. Haa.. seronok Luqman.

 

Nasihat Ros.. pilihlah destinasi percutian yang anak anda boleh enjoy sekali. Oleh itu, rancanglah percutian anda sebaiknya. Bercutilah tanpa mengabaikan keselamatan anak anda.

 

Jom pergi bercuti!

signature Ros Ahmad1

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

4 Comments

  • Reply Ibu Zarith

    Memang penting tips ni kan kak ros, nak2 sekarang ni macam-macam kes berlaku
    Ibu Zarith recently posted… Agar-Agar Santan Yang Mudah Dan SedapMy Profile

    17 November 2015 at 3:42 pm
    • Reply Ros

      Pergi dekat-dekat pun macam-macam boleh berlaku.
      Inikan kalau travel 4-5 jam.

      24 November 2015 at 9:02 am
  • Reply Noriza Rahman

    Anak-anak saya tak suka duduk di car seat..sukar la nak pujuk, memang meragam ja
    Noriza Rahman recently posted… Pengambilan Vitamin E, Zink dan Multivitamin diambil Serentak?My Profile

    19 November 2015 at 6:55 pm
    • Reply Ros

      Kena ajar daripada kecil. Senang sikit. Bersabar lah nak pujuk diorg.

      24 November 2015 at 9:01 am

    Leave a Reply

    CommentLuv badge