Assalamualaikum
Ibu hamil boleh berpuasa kalau anda tidak mempunyai sebarang komplikasi kehamilan seperti kencing manis, hamil anak kembar dan penyakit darah tinggi.
Di sini Ros kongsikan tips ibu hamil berpuasa.
5 Tips Ibu Hamil Berpuasa
1. Usah tinggal sahur
Kalau anda nak berpuasa, memang kena sahur lah. Kalau tak sahur, macam mana nak ada tenaga nak buat kerja siang hari nanti. Lagi baik, kalau anda melewatkan bersahur.
Ros dulu tak larat nak bangun dari katil, Ros minta suami bawakan makanan ke dalam bilik.
2. Makan kurma ketika berbuka dan bersahur
Kurma adalah makanan sunnah yang mesti diamalkan oleh ibu hamil. Tak semesti di bulan puasa sahaja. Setiap hari ibu hamil digalakkan makan 7 biji buah kurma. Selepas makan kurma, baru makan makanan lain. Kurma dapat memberikan tenaga segera berbanding makanan lain.
Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteriĀ kamu yang sedang hamil, karena isteri-isteri kamu yang sedang hamil. Karena sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, niscaya anak yang akan lahir kelak akan menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas.
3. Minum banyak air, jus dan susu
Selain jus dan susu, anda mesti minum lebih daripada 2 liter air masak setiap hari. Mungkin anda rasa nak muntah minum air dengan banyak dalam satu masa. Oleh itu, jarakkan pengambilan air. Anda mungkin nak cuba tips ini:
- sewaktu berbuka: 1 gelas
- sebelum pergi terawah: 1 gelas
- semasa terawih: bawa botol air 1 liter. minum sedikit demi sedikit setiap kali selepas beri salam
- sebelum tidur: 1 gelas
- sebelum sahur: 1 gelas
- selepas sahur: 1 gelas
4. Berehat sebentar di siang hari
Semasa bekerja, gunakan waktu rehat tengahari untuk solat, membaca Al-Quran dan berehat. Kalau anda rasa terlalu letih, anda boleh tidur sebentar. Bila bangun, pasti anda rasa lebih segar.
5. Elakkan berada di luar
Semasa cuaca panas, elakkan berada di luar jika tiada urusan penting. Cuaca panas akan menyebabkan anda ternyahhidrat dengan cepat dan berasa haus. Keaadaan ini tidak baik untuk anda dan bayi yang dikandung.
Semoga anda dapat berpuasa penuh tahun ini. Kalau anda tak larat juga, cuba Set Mighty 3 Gem ini. Ia banyak membantu ibu hamil dan ibu menyusu kekal bertenaga walaupun berpuasa.
Ros Ahmad
019-367 3245
Shaklee ID: 1134 656