Follow:
Ragam Anak, Tips Keibubapaan

5 Tips Bercerai Susu Badan Anak 2 Tahun Ke Atas

Assalamualaikum

Penyusuan susu ibu digalakkan untuk diteruskan sehingga anak berusia 2 tahun. Bila anak dah berusia 2 tahun ke atas, penyusuan boleh dihentikan. Di sini Ros kongsikan tips bercerai susu badan anak 2 tahun berdasarkan pengalaman sendiri.

Tips Bercerai Susu Badan

1. Tidak menghentikan secara tiba-tiba

Bila disahkan hamil kali kedua, Ros terfikir mungkin dah tiba masa untuk Luqman bercerai susu badan. Selepas berbincang dengan husband, beliau pun setuju. Ros terus tak bagi Luqman menyusu. Akibat dari penghentian secara tiba-tiba, Ros dan Luqman demam selama seminggu.

Salah Ros di sini kerana menghentikan penyusuan secara tiba-tiba. Anak dan ibu mengalami ganguan emosi.

2. tidak tawar tetapi jika anak minta jangan tolak

Selepas kejadian demam tersebut, Ros akan memberi susu badan hanya bila Luqman meminta. Biasanya semasa nak tidur. Selain daripada waktu itu, Ros tak tawar. Ros cuba mengelak dari duduk tempat biasa dia menyusu supaya dia tidak teringat.

3. mengalihkan perhatian

Husband Ros banyak membantu untuk mengalihkan perhatian Luqman dari menyusu ibu. Jika Luqman kerap meminta, husband akan melengah-lengahkan dengan mengajak Luqman bermain dengan permainan kegemaran dia dahulu. Ros akan cakap, Luqman main dengan Abi dulu. Nak tidur nanti baru kita minum.

4. memendekkan tempoh penyusuan

Biasa sebelum mula, Ros akan cakap kepada Luqman. Luqman minum sikit je tau. Lima minit je Luqman boleh minum. Pastikan anak mengangguk tanda setuju. Sambil dia menyusu, Ros akan beritahu Luqman dah besar, boleh minum macam-macam air dah. Lepas ni Luqman minum dari cawan lah macam orang besar.

Semasa mengandung anak kedua, Ros tidak mengalami alahan yang teruk. Sebab itu, Ros masih teruskan penyusuan. Jika anda mengalami alahan teruk, eloklah dapatkan nasihat doktor untuk dapatkan cara terbaik bercerai susu.

5. memberitahu anak secara berhemah

Anak dua tahun biasanya sudah boleh memahami apa yang kita katakan. Semasa bercakap, pastikan mata kita separas dengan mata anak. Cakap sambil pandang matanya. Beritahu anak, anak sudah besar macam ibu dan ayahnya. Tak boleh minum susu ibu lagi. Biar adik pula yang minum. Adik hanya boleh minum susu ibu. Abang dah boleh minum macam-macam.

Luqman bercerai susu sepenuhnya selepas beberapa minggu Maryam dilahirkan. Tempoh selepas Maryam lahir adalah saat yang mencabar. Luqman sedikit cemburu Maryam dapat minum. Tapi dia tidak. Ros kuatkan semangat juga untuk bercerai susu. Selepas diberitahu secara berulang-ulang kali, Luqman akhirnya memahami yang adiknya kecil lagi dan perlu minum susu ibu. Dia dah besar. Tak payah minum susu ibu lagi.

Walaupun sedih kerana bercerai susu, Ros amat gembira kerana dapat menyusukan Luqman. Saat menyusukan anak antara momen indah seorang ibu. Ketika itulah, kita berada dekat dengan anak. Walaupun sibuk nak kena masak dan sebagainya, bila tiba masa menyusu kita akan fokus kepada anak.

Bila sudah tidak menyusu, pastikan kita masih ada masa untuk bonding dengan anak. Bermain lah bersama-sama supaya kita masih ada masa berkualiti bersama anak. Ros juga ada beri Set Anak Pintar Sihat kepada Luqman agar dia masih mendapat nutrisi yang cukup setiap hari. Alhamdulillah Luqman jarang tak sihat.

Hubungi Ros di 019-367 3245 jika anda mahukan supplement yang sama untuk anak anda. InsyaAllah anak sentiasa sihat malah semakin bijak. Ibubapa mana yang tak mahu kan? 🙂

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge