Follow:
Hamil, Tips

5 Cara Kurangkan Sakit Belakang Semasa Trimester Ke-3

Assalamualaikum

Bila dah masuk trimester ke-3, perut semakin membesar. Sesetengah ibu merasakan nak bawa diri pun tak larat. Ditambah lagi dengan sakit di bahagian belakang yang teruk. Terdapat beberapa cara untuk kurangkan sakit belakang semasa trimester ke-3.

cara kurangkan sakit belakang

5 Cara Kurangkan Sakit Belakang Semasa Trimester Ke-3

 

1. Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama

Jika anda bekerja mengadap komputer atau laptop, bangun sebentar untuk berjalan-jalan di sekitar pejabat atau pergi ke tandas. Kalau anda perlu berdiri, usah berdiri terlalu lama.

Di pejabat, tempat duduk Ros agak jauh dari tandas. Dah lah ibu mengandung asyik rasa nak ke tandas je. Memang Ros kerap pergi ke tandas. Selain untuk mengelakkan sakit belakang, berjalan juga antara senaman ringan yang ibu mengandung perlu buat untuk memudahkan proses bersalin kelak.

 

2. Gunakan bantal kecil

Letakkan bantal kecil di bahagian belakang pinggang anda untuk lebih keselesaan.

Ros bawa sendiri dari rumah untuk letak di kerusi pejabat. Dalam kereta pun ada, sebiji bantal.

 

3. Mengenakan pakaian yang longgar agar selesa

Bila dah masuk trimester ke-3, eloklah anda memakai baju mengandung yang kini banyak terdapat di pasaran. Jika tidak, pilih baju yang longgar di bahagian perut.

Semasa mengandungkan anak pertama, Ros cari baju mengandung. Lepas bersalin, Ros cari baju menyusu pula. Baju menyusu memudahkan kita menyusu anak semasa keluar jalan-jalan. Kini kalau Ros cari baju, Ros akan pilih yang boleh pakai semasa mengandung dan menyusu. Sampaikan waktu awal-awal Ros mengandungkan anak kedua, rakan sekerja Ros tak perasan pun perut Ros membesar.

 

4. Tidur dalam posisi yang selesa

Untuk mengelakkan sakit belakang, anda boleh meletakkan bantal di bahagian belakang dan di bawah perut. Anda juga boleh kepit bantal di celah peha. Ibu mengandung juga digalakkan tidur mengiring ke kiri kerana darah akan mengalir ke fetus dan uterus.

Kalau ada budget, boleh invest untuk pregnancy pillow.

 

5. Elakkan mengangkat benda berat

Ibu mengandung memang tidak digalakkan mengangkat benda berat. Minta bantuan suami untuk mengangkat benda berat untuk anda.

 

Eh.. ada satu kisah seorang ibu mengandung, Puan Ainul cuba panjat Candi Borobodur. Jom tengok seteruk mana sakit pinggang dan lenguh-lenguh badan yang beliau rasai.
Mahukah anda jadi seperti beliau selepas ini?

Walaupun semasa trimester ke-3, sakit belakang adalah normal. Usah biarkan ia berlarutan. Di trimester ini lah, anda perlu menikmati saat mengandung sepenuhnya. Bila dah bersalin nanti, pasti saat mengandung akan dirindui. Kalau asyik sakit belakang, susah nak tidur lah macam mana nak enjoy kan. Macam mana nak pergi shopping barang baby kan?

Ros Ahmad

019- 367 3245

Shaklee ID: 1134 656

 

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

1 Comment

  • Reply fuzy

    Mmg bila masuk tri-3 perut memboyot…masa ni nak je cepat beranak…tq sharing tips menarik ni…
    fuzy recently posted… Susah Kurus Selepas Bersalin, Takut Nak Hamil Lagi?My Profile

    23 March 2015 at 9:16 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge